v PUTERA CHARLES MANGSA SETERUSNYA JANGKITAN COVID-19
Expired : 18.06.18

PUTERA CHARLES MANGSA SETERUSNYA JANGKITAN COVID-19

Pewaris diraja Britain, Putera Charles disahkan positif COVID-19 dan kini sedang dikuarantin di Scotland. Menurut kenyataan Istana Clarence House, Prince of Wales itu dilaporkan mengalami simptom sejak beberapa hari lalu tetapi masih dalam keadaan stabil. Manakala isterinya, The Duchess of Cornwall, Camilla juga turut melakukan ujian dan didapati negatif COVID-19.

Khabarnya, kedua-dua mereka kini sedang melalui tempoh pengasingan di Scotland. Menurut sumber, Putera Charles baru sahaja bertemu dengan Putera Albert dari Monaco awal bulan ini, yang kemudiannya diuji positif coronavirus, dan pihak istana tidak menolak kemungkinan tersebut.  Pemerintah berusia 62 tahun itu diuji positif hanya sembilan hari selepas baginda duduk bertentangan dengan  Prince of Wales pada acara WaterAid di London.

Putera Charles mengahwini Camilla Parker Bowles pada 9 April 2005, yang merupakan isteri kedua kepada Putera Charles. Mereka bertemu sekitar tahun 1971 selepas diperkenalan oleh seorang kawan, Lucia Santa Cruz.

Sehingga kini, lebih 8,000 kes Covid-19 telah dilaporkan di Britain sejauh ini, dengan lebih 420 pesakit meninggal dunia akibatnya.

The post PUTERA CHARLES MANGSA SETERUSNYA JANGKITAN COVID-19 appeared first on Glam Lelaki.