Expired : 18.06.18

Puteri Aishah Menggeletar Disahkan Bebas COVID-19

Setelah 11 hari dirawat di Hospital Sungai Buloh akibat jangkitan COVID-19, akhinrya pelakon cantik, Puteri Aishah berkongsi berita gembira apabila ujian saringan kedua mengesahkan dia bebas daripada wabak pandemik tersebut.


puteri aishah bebas covid-19


Menerusi video yang dimuat naik di akaun Instagramnya, Puteri Aishah menggeletar satu badan ketika menerima berita dirinya sudah sembuh dan daripada wajahnya dapat dilihat dia tidak dapat menyembunyikan rasa syukur tidak terhingga.


Dia juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang tidak berhenti mendoakan kesihatan dirinya dan juga doktor serta jururawat yang menjaganya sepanjang berada di hospital.