Expired : 18.06.18

Puteri Gunung Ledang The Musical bakal beraksi, Mendapat Sambutan Hebat dari Peminat.

Puteri Gunung Ledang kembali lagi beraksi namun kali ini dengan kelainan iaitu Puteri Gunung Ledang The Musical. Biarpun pementasannya akan berlangsung tidak lama lagi namun barisan pemegang watak utama belum diumumkan lagi.


Sementara itu juga, tiket pementasan juga telah dijual lebih dari 6,000 yang telah terjual meskipun pemegang watak utama belum diketahui lagi.


Fenomena Puteri Gunung Ledang memang menghantui rata-rata peminat ekoran dari jalan ceritanya serta membuatkan peminat tidak sabar untuk menyaksikan kehebatan muzikal PGL.


Ekoran dari fenomena PGL, penerbit dan pengarah PGL 2020, Puan Sri Tiara Jacquelina ada berkongsi kembali memori video klip PGL  di laman instagramnya.


“Asmaradana OMG this video clip brings back sooooo many memories”


“Debaran semakin terasa. Gerangan siapakah yang bakal memberi nafas baru kepada Gusti Puteri Raden Adjeng Retno Dumilah?”


“Also, don’t forget your tickets to watch Puteri Gunung Ledang The Musical – ‘ 6000 !!! ”







Melalui perkongsiaan yang dimuat naik itu, rata-rata peminat PGL meninggalkan komen yang baik malahan ada yang dari luar Negara menyokong kemunculan semula PGL ini.





Sumber : Instagram Tiara Jacquelina