Expired : 18.06.18

Putrajaya belum putuskan penghantaran pulang pembangkang Cambodia

Keputusan menghantar pulang Naib Presiden Cambodia National Rescue Party (CNRP), Mu Sochua ke negara asalnya, masih belum diputuskan kerajaan.


Menteri Luar, Saifuddin Abdullah berkata Malaysia telah menerima permohonan untuk menghantar pemimpin berkenaan daripada kerajaan Kemboja, yang juga pemimpin parti pembangkang yang diharamkan di negara itu.


Bagaimanapun katanya, sebarang kata putus yang akan dibuatnya nanti, tidak akan  terikat dengan  desakan daripada mana-mana pihak.


“Sochua kini berada di KLIA dan pegawai imigresen hanya mahu mendapatkan keterangan daripadanya. Mereka mahu tahu tujuan dia datang ke sini.


“Apa pun pendirian Wisma Putra, kita tidak berada dalam posisi untuk menghantar pulang sesiapa. Kami membuat keputusan sendiri, bukan atas permintaan atau campur tangan negara lain,” katanya ketika ditemui media di lobi Parlimen semalam.


Beliau berkata demikian ketika diminta mengesahkan laporan beberapa media antarabangsa yang mendakwa Sochua ditahan pihak berkuasa Malaysia.


Beliau yang juga Ketua Setiausaha KEADILAN mengesahkan Sochua ditahan Jabatan Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), malam Rabu lalu.


Tambah beliau, ini adalah permintaan biasa dari sebuah kerajaan yang meminta rakyatnya dihantar pulang, dan Malaysia sudah memberi maklum balas kepada permintaan itu.


Terdahulu, kehadiran Sochua ke Thailand telah ditolak oleh kerajaan terbabit ketika beliau tiba lapangan terbang antarabangsa di Bangkok, sebelum terbang ke Indonesia dan mengadakan satu sidang media di negara berkenaan.


Kemboja dipercayai menahan sekurang-kurangnya 48 aktivis pembangkang tahun ini atas tuduhan merancang menggulingkan Perdana Menteri negara itu, Hun Sen, lapor media antarabangsa.


Norlida Ishak Shop