Expired : 18.06.18

Qatar bantu Hamas bayar gaji pekerja di Semenanjung Gaza

BAITULMAQDIS, 23 Safar 1440H, Khamis – Qatar, negara yang diboikot Arab Saudi; Emiriah Arab Bersatu (UAE), Mesir; dan Bahrain, akan memindahkan ratusan ribu dolar kepada Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) bagi membayar gaji kakitangan kerajaan di Semenanjung Gaza.


Sebagai permulaan, Doha, menerusi geran tahunan yang disediakan kerajaan negara itu, akan memberi wang pendahuluan AS$107 kepada setiap kakitangan kerajaan di Semenanjung Gaza.


“Bayaran itu akan bermula minggu depan. Sebelum ini, ia tertangguh berikutan perbincangan dengan rejim Israel masih diteruskan. Tetapi kini rejim itu sudah memberi kebenaran,” kata sumber yang rapat dengan Kementerian Kewangan di bawah pentadbiran Hamas di Gaza.


Sumber diplomatik memberitahu, Tel Aviv bersetuju dengan permintaan Doha untuk menyalurkan bantuan kepada penduduk Palestin di Semenanjung Gaza – wilayah yang dikepung rejim pengganas Israel sejak hampir 12 tahun lalu.


“Israel bimbang tekanan hidup dialami penduduk Palestin akan memberi kesan buruk kepada mereka,” katanya.


Hamas sebelum ini berdepan masalah membayar gaji kakitangan, berikutan tindakan pentadbiran Presiden Mahmoud Abbas yang mentadbir di Tebing Barat, memotong peruntukan untuk Semenanjung Gaza.


Penduduk di Semenanjung Gaza juga berdepan masalah bekalan elektrik, apabila kekurangan bahan api untuk menggerakkan jana kuasa dan generator.


Sebelum ini, Qatar turut menghantar bekalan minyak ke Gaza untuk kegunaan janakuasa elektrik.


Abbas yang mentadbir Pihak Berkuasa Palestin (PA) dikuasai Fatah, menentang sokongan yang diberikan Qatar kepada kerajaan Hamas, dan sejak tahun lalu mengenakan beberapa sekatan, termasuk enggan membayar duti minyak, mengurangkan bekalan perubatan dan memotong gaji kakitangan. – Agensi



The post Qatar bantu Hamas bayar gaji pekerja di Semenanjung Gaza appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop