Expired : 18.06.18

Qualcomm Memperkenalkan Snapdragon 215 – Menyertakan Sokongan Dwi-Kamera Untuk Telefon Asas

Qualcomm hari ini telah memperkenalkan satu lagi cip pemprosesan baru yang ditujukan untuk telefon berspesifikasi asas, iaitu cip Snapdragon 215.


Cip baru ini hadir menggunakan rekaan 28nm, dilengkapi cip empat-teras Cortex-A53 pada kelajuan 1.3Ghz, dan sokongan GPU Adreno 308.


Melalui penawaran cip terbaru ini, ia sekaligus membawakan sokongan dwi-kamera untuk telefon asas – sekaligus mungkin memperlihatkan pelbagai pengeluar menawarkan telefon dwi-kamera pada harga sangat mampu-milik.


Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah telefon pintar pertama menggunakannya bakal hadir ke pasaran.


Norlida Ishak Shop