Expired : 18.06.18

Quartararo sambar petak pertama GP Thailand

PELUMBA Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT), Fabio Quartararo sekali lagi membuktikan kehebatan selaku pelumba muda dalam kelas MotoGP apabila menyambar petak utama pada perlumbaan Grand Prix (GP) Thailand, esok.


Pelumba Sepanyol berusia 20 tahun itu mencatat sepusingan terpantas satu minit 29.719 saat pada sesi kelayakan kedua (Q2) hari ini yang juga catatan rekod baharu terpantas di Litar Antarabangsa Chang di Buriram.


Ia petak utama keempat diraih selaku pelumba muka baharu dalam kelas elit MotoGP.


Quartararo menamatkan saingan 0.106s di depan penunggang Sepanyol, Marverick Vinales daripada Monster Energy Yamaha GP manakala penyandang juara dunia, Marc Marquez (Repsol Honda) dari Sepanyol melengkapkan barisan hadapan selepas ketinggalan 0.212s.


Rakan sepasukan Quartararo, Franco Morbidelli dari Itali pula menghuni petak keempat dengan catatan masa terpantas 1:30.431s.


Quartararo kini menduduki tangga keempat dalam kedudukan keseluruhan MotoGP 2019 selepas 14 pusingan dengan mengumpul 123 mata serta mendahului senarai Pelumba Muda Terbaik 2019 (Rookie of The Year) dengan kelebihan 74 mata daripada pencabar terdekat dari Sepanyol, Joan Mir daripada pasukan Suzuki Ecstar.


Norlida Ishak Shop