Expired : 18.06.18

Rafizi iklan portal cari kerja, warga maya cadang bekas pemimpin PKR

Rafizi dalam satu kiriman di Twitter mendakwa pencari kerja akan ditemuduga oleh robot dan bukan Yang di-Pertuan Agong. — Foto oleh Yusof Mat Isa
Rafizi dalam satu kiriman di Twitter mendakwa pencari kerja akan ditemuduga oleh robot dan bukan Yang di-Pertuan Agong. — Foto oleh Yusof Mat Isa

KUALA LUMPUR, 27 Feb — Hasrat murni Rafizi Ramli mengiklankan laman sesawang mencari kerja dieksploitasi pihak tertentu.

Rafizi dalam satu kiriman di Twitter semalam mendakwa pencari kerja akan ditemuduga oleh robot dan bukan Yang di-Pertuan Agong.



Bila kucar kacir, ini peluang baik utk berniaga.

Kpd yg sedang menganggur atau bakal menganggur, boleh cuba cari kerja dgn platform AI https://t.co/YVlA6Ouh06

Anda akan ditemuduga oleh robot (bkn Agong).

Kpd majikan, boleh iklan kerja kosong secara percuma.@adnexioJobs pic.twitter.com/XXReiPMwRJ


— Rafizi Ramli (@rafiziramli) February 26, 2020

Kiriman yang disukai lebih 900 warga maya dan diulang kicau lebih 400 kali itu turut tidak terlepas daripada sindiran politik semasa.


Sesetengah pengikut Rafizi berpendapat portal berkenaan wajar dikunjungi pemimpin yang sudah meninggalkan PKR kerana tidak lagi menjadi menteri.


Bagaimanapun mereka berpandangan pemimpin berkenaan tidak wajar dipilih kerana bakal mengkhianati majikan mereka.