Expired : 18.06.18

Rafizi Ramli perdaya rakyat lagi


Oleh Siti Fatimah Ishak


BANGI, 9 Syaaban 1440H, Isnin – Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli cuba mengelirukan rakyat dengan pandangan berserta fakta salah, apabila mengaitkan PAS, ketika berbicara mengenai Melayu yang makin terancam, kata Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi.


Ketua Pemuda PAS itu berkata, Rafizi gagal memahami dan menyelami kebimbangan orang Melayu di saat ini, yang merasakan bahawa hak dan agama mereka seolah-olah terancam.


“Dalam ghairah cuba menegakkan benang yang basah, Rafizi tetap mahu menghentam PAS,” katanya dalam satu kenyataan.


Rafizi sebelum ini berkata, PAS dan UMNO menggunakan kebimbangan Melayu sebagai senjata untuk meraih undi.


Dakwanya, kebimbangan itu juga menyebabkan bibit-bibit perpecahan di dalam PAS, bila ada kumpulan yang mahu bersama UMNO atas nama perpaduan Melayu tetapi ditentang oleh Almarhum Datuk Seri Nik Abdul Aziz.


“Apa yang berbeza kini berbanding di zaman pemerintahan UMNO, sehingga orang-orang PAS sanggup memeluk musuh politik yang mereka lawan selama enam dekad,” kata Rafizi.


Mengulas lanjut, Ustaz Khalil berkata, Rafizi sepatutnya menghabiskan cerita sebenar, bukan membiarkan cerita tergantung seperti cuba memberi gambaran buruk terhadap PAS dan kepimpinan.


Soalnya, mengapa Rafizi tidak menceritakan ketika sidang media selepas Mesyuarat Khas PAS Pusat pada 28 Oktober 2009, berserta apa yang di ucapkan oleh Almarhum Tuan Guru Nik Aziz sebagai salah anggap di antara pimpinan atasan parti dan permainan media yang menyebabkan isu berkenaan tercetus.


“Apa sebenarnya yang Rafizi mahu cipta pula kali ini? Tidak cukup lagi cerita karut yang sudah di jaja? Ingat dan insaflahlah wahai Rafizi, Almarhum tuan guru sudah tiada.


“Sepatutnya kita doakan kesejahteraan dan titipkan doa untuk beliau, bukannya menggunakan beliau ketika sudah tiada untuk kepentingan diri, apatah lagi jaja cerita yang palsu serta dusta belaka.


“Inikah contoh yang di kata bakal pemimpin negara? Di mana moral sebagai seorang pemimpin mahupun manusia, bolehkah kita terima manusia sebegini,” katanya.


The post Rafizi Ramli perdaya rakyat lagi appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop