Expired : 18.06.18

“Rahang ‘Dakraj’ Patah & Mata Sebelah Kiri Cedera Teruk, Siap Operation Letak Besi Kat Rahang Bawah,” – Arash Mohamad


Pelakon senior, Arash Mohamad memang sinonim sebagai antara selebriti yang cukup sayangkan binatang, terutamanya kucing.


Malah bintang berusia 50 tahun itu kerap kali berkongsi aktiviti harian bersama haiwan belaan lain yang turut mempunyai nama panggilan unik.


Bagaimanapun, menerusi entri terkini pelakon Bukan Salahku itu, Arash ada berkongsi situasi malang menimpa salah seekor kucing yang dianggap sebagai ‘anak angat’, Dakraj yang mengalami kecederaan selepas dipercayai terlibat dalam kemalangan.


Bagaimanapun, situasi dialami haiwan berkenaan bertambah baik selepas dihantar ke klinik haiwan oleh seorang jiran bagi mendapatkan rawatan.




“Kisah anak angkat kami “Dakraj” kena langgar hari tu. Patutlah dekat seminggu x balik makan kat rumah. Nasib baik ada jiran yg sungguh mulia hati mereka tolong hantarkan kat Vet.


“Jiran tu jumpa Dakraj depan umah dia. Doktor vet kata, rahang dia patah & mata sebelah kiri injured teruk. Siap operation letak besi kat rahang bawah. Medical bill cecah seribu lebih, tulisnya menerusi Instagram.


Namun, Arash bersyukur kerana ada di kalangan pencinta kucing yang turut menyalurkan derma.


“Mujurlah ramai cat lovers dlm fb yg menderma. Terimakasih byk pd anak jiran kami, Ariff yg uruskan segalanya. Walaupun consider stray cat & anak angkat kami, tapi ramai yg sayang kan Dakraj.


“Syukur alhamdulillah…moga kalian semua mendapat rahmat tertinggi dr Allah SWT.
Dakraj ni special cat. Manja sgt dgn org. Hanya #catlovers je yg faham perasaan kami,” maklum Arash yang turut berkongsi video pendek serta foto Dakraj sejurus mendapat rawatan.


Foto: Instagram Arash Mohamad


Norlida Ishak Shop