Expired : 18.06.18

Rahsia Latihan Komando Malaysia yang Sangat Extreme! Didedahkan Kepada Umum

ALHAMDULILLAH…kesemua 13 anggota pelatih komando yang dikhuatiri hilang selepas bot dinaiki dipukul ribut, di perairan Melaka, kelmarin, ditemui selamat kira-kira 1.19 pagi tadi.


Menurut Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri mereka ditemui orang awam dalam keadaan selamat di Pantai Kundur, Pantai Puteri, kira-kira 1.19 pagi tadi.


Malam tadi, 13 anggota tentera dilaporkan dikhuatiri lemas berikutan bot dinaiki hilang ketika mereka menjalani latihan asas komando mendayung ke Pulau Nangka, kelmarin.


Difahamkan, ketika kejadian bot dinaiki mereka bersama empat bot lain dalam perjalanan dari pesisir pantai Sungai Udang ke pulau berkenaan.


Dipercayai kira-kira jam 9 malam, kumpulan terbabit dilanda ribut serta ombak besar dan hanya tiga bot dinaiki seorang pegawai dan 35 anggota berjaya menyelamatkan diri dengan mendarat di Pulau Upeh, di sini, kira-kira jam 12.30 malam.


Begitulah cabaran dan dugaan sebelum diterima menjadi keluarga Beret Hijau!


Aku ingat lagi, tiga tahun dulu aku pernah mendapat komen daripada seorang anggota komando berkaitan dengan tuduhan berlaku penderaan dalam latihan mereka yang ditimbulkan oleh seorang pemimpin pembangkang di Parlimen.


Beliau emelkan cerita di bawah untuk renungan kita bersama.


Sebagai orang awam, aku rasa emel ini penting untuk aku publishkan agar kita memahami senario sebenar yang berlaku.


Mungkin dengan cara ini kita akan lebih faham mengenai isu yang hangat diperkatakan ini. Terima kasih buat pengirimnya.


latihan asas komando 1


1)Setelah melepasi orientasi selama sebulan, pelatih akan mengikuti kursus asas komando selama 12 minggu. Mulanya peringkat kem (5 minggu). Antara cabaran di peringkat ini ialah larian siang dan malam 76km. Ha! teruk tak teruk??


15 Pelihara Ketahanan Fisik Satkopaska Koarmatim Lari Bersenjata (2) (1)


Larian marathon peringkat antarabangsa pun sejauh 42km je.. Seterusnya berjalan 25km. Akhir sekali pandu arah 138km, secara berperingkat.


2) Kedua peringkat hutan (2 minggu). Cabarannya, pandu arah 90km dan berjalan 160km tak boleh lebih dari 3 hari. Ketiga peringkat paya (seminggu).


1_771089562l


Cabarannya ialah tanpa diberi makan selama seminggu di peringkat itu. Hanya brpakaian seluar dalam atau cawat, mereka kelihatan macam orang asli. Diorang makan apa yg ada di kawasan tu saja sperti ikan belacak, ular, kera dan sbagainya.


zzsurv2


3) Keempat peringkat laut. Cabarannya mendayung 20km dan pandu arah laut 10km dengan kanu.


4) Akhir sekali, tibalah masa utk mereka mempraktikkan apa yg mereka pelajari di keempat-empat peringkat sbelumnya.


5) Latihan penamat selama 2 minggu. Mereka perlu melakukan serangan ke atas kubu musuh. Setelah serangan berjaya di laksanakan, mereka terpaksa membolosi diri mereka dengan teknik Escape & Evasion.


Jarak pembolosan lebih dari 200km!!! Mengikut kursus siri 3/2006, jaraknya sejauh 240km…. Dalam pembolosan itu juga mereka akan menghadapi jurulatih mereka yg brtindak sebagai pasukan musuh utk cuba menawan mereka. Oleh itu mereka prlulah mengelak dari ditangkap.


6


Jika ditangkap dan ditawan, mereka akan diperlakukan seperti tahanan perang seperti yg ditunjukkan dlm video trsebut.


3


Penderaan akan dilakukan ke atas mereka selagi mereka boleh brtahan, seperti digantung atas pokok kepala ke bwah tanpa diberi makan, dipukul dan dipaksa memakan najis… …………… Begitulah latihannya…. PASKAU dan PASKAL juga lebih kurang sama kursusnya macam tu punya perittt tak terperiiii…


6) So renungkan perkataan ini….DATANGMU TIDAK DIUNDANG, JIKA RAGU SILA PULANG. Ayat itulah yg trpampang di hadapan Kem Sg. Udang yg menyambut setiap warga Tentera Darat yg ingin cuba mendapatkan Beret Hijau ! ….. REJIMEN GERAK KHAS (RGK) TETAP MARA !!!





Loading video


Sumber – kecohviral


The post Rahsia Latihan Komando Malaysia yang Sangat Extreme! Didedahkan Kepada Umum appeared first on OhGebang.


Norlida Ishak Shop