v Rai Ulang Tahun Ke 15, Cik B Trending Di Twitter
Expired : 18.06.18

Rai Ulang Tahun Ke 15, Cik B Trending Di Twitter

Mencuri tumpuan netizen di media sosial, secara mengejut, nama Cik B difahamkan telah trending di laman Twitter tempoh hari.

cik b

Anak kepada jutawan kosmetik tersohor Malaysia, Datuk Seri Vida itu dihujani ucapan tahniah dan kata-kata sokongan di laman berkenaan.

cik b trending

Kredit – Gempak

Cik B yang kini telah memasuki usia 15 tahun seakan tular apabila Tengku Puteri Jihan Azizah Athiyatullah iaitu anakanda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah turut menyampaikan ucapan hari lahir kepadanya menerusi satu hantaran tweet.

cik b

“Happy bday cik b!”

Cik B berkongsi satu video dirinya di Instagram bertanya kepada beberapa individu terdekat termasuk adik dan ibunya mengenai tarikh hari lahirnya iaitu 19 Mei.