Expired : 18.06.18

Rakam aksi rogol '3 minit' di Singapura, lelaki warga Malaysia dipenjara dan denda

Seorang lelaki warga Malaysia dihukum penjara dan denda selepas membiarkan seorang gadis dirogol dua rakan sendiri dan merakam perbuatan itu menggunakan telefon bimbit. ― Foto AFP
Seorang lelaki warga Malaysia dihukum penjara dan denda selepas membiarkan seorang gadis dirogol dua rakan sendiri dan merakam perbuatan itu menggunakan telefon bimbit. ― Foto AFP

SINGAPURA, 14 Ogos ― Seorang lelaki warga Malaysia dihukum penjara setahun tiga bulan dan denda S$20,800 (RM62,912) semalam selepas membiarkan seorang gadis dirogol dua rakan sendiri dan merakam perbuatan itu menggunakan telefon bimbit.

Tertuduh, Gan Soon Chai, 34, merakam aksi selama tiga minit sebelum disedari salah seorang rakan perogol yang menegur agar menghentikan perbuatannya, lapor TODAY.


Seminggu kemudian, Gan ditahan polis selepas mangsa berusia 24 tahun melaporkan kejadian di chalet D’Resort, dekat Downtown East, ketika lewat tengah malam 17 September hingga 18 September 9 pagi tahun lalu.


Pemeriksaan polis mendapati telefon bimbitnya mengandungi video rogol itu bersama 65 lagi video lucah termasuk lapan video yang tidak mendapat sijil pengesahan Lembaga Penapisan Filem negara itu.


Dia mengaku bersalah atas pertuduhan membuat filem lucah dan dua pertuduhan lain di bawah Akta Filem.


Hakim Ow Yong Tuck Leong yang membacakan keputusan penghakiman berkata “ianya perbuatan yang keji ― merakam seorang wanita dirogol”.


Gan, melalui penterjemah Bahasa Cina berkata dia “tidak akan melakukan perbuatan bodoh lagi” dan meminta hukuman diringankan.


Bagi kesalahan membuat rakaman lucah, Gan boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda sehingga S$40,000 (RM120,924) atau kedua-duanya sekali jika disabit kesalahan.


Baca seterusnya di Malay Mail.


Norlida Ishak Shop