Expired : 18.06.18

Rakam aksinya cabul budak 12 tahun, lelaki 60-an ditahan polis

SEORANG lelaki berusia 60-an ditahan polis susulan tersebar video dia mencabul seorang kanak-kanak berusia 12 tahun di dalam keretanya.


Terdahulu, lelaki tersebut menyerah diri, tidak lama selepas sekumpulan inidividu membakar kereta miliknya di Seremban, Negeri Sembilan ekoran penularan video berkenaan.


GAMBAR dari video yang menunjukkan kereta dipercayai milik suspek dibakar ekoran tular video dia didakwa mencabul seorang kanak-kanak berusia 12 tahun.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Sembilan, Asisten Komisioner Wan Rukman Bin Wan Hassan berkata, siasatan didapati, suspek mengambil kesempatan dengan memperdaya mangsa dan mengajak mangsa keluar untuk membeli barang kegemaran mangsa.


Perbuatan suspek itu, katanya dilakukan semasa ketiadaan ahli keluarga mangsa di rumah.


“Hal ini telah berlaku sebanyak tiga kali tanpa pengetahuan keluarga mangsa pada sekitar bulan Jun 2019. Tindakan segera mengesan suspek telah dijalankan sehingga suspek ditahan,” katanya dalam sidang akhbar di Seremban hari ini.


WAN Rukman Bin Wan Hassan ketika mengadakan sidang akhbar pada petang (Rabu).

Susulan itu, katanya, polis turut merampas sebuah motorkar jenis Proton Waja dan dua buah telefon bimbit milik suspek dipercayai mengandungi video berhubung perbuatan kelucahan melampau ke atas mangsa.


Dalam video tular itu, lelaki yang berkepala botak berulang kali kelihatan memujuk kanak-kanak perempuan yang dilihat seperti bawah umur yang tidak berpakaian di atas paras dada, untuk melakukan onani pada alat sulitnya.


 


TANGKAP layar video seorang lelaki mencabul seorang kanak-kanak berusia 12 tahun dalam sebuah kereta baru-baru ini.

Turut kedengaran lelaki terbabit berjanji akan membelikan kanak-kanak perempuan itu barangan.


Lelaki botak itu yang hanya memakai seluar yang dilondehkan ke paras lututnya, dilihat mencium kanak-kanak perempuan itu dan melakukan aksi seksual kepadanya.


Video berdurasi tiga minit 10 saat itu menunjukkan kanak-kanak perempuan tersebut kelihatan seperti resah seolah-olah tidak merelakan perkara tersebut berlaku.


The post Rakam aksinya cabul budak 12 tahun, lelaki 60-an ditahan polis appeared first on NewMalaysianPost.com.


Norlida Ishak Shop