Expired : 18.06.18

Rakyat kagum, luah rasa bangga KKM cekap perangi COVID-19

BANGI, 19 Syaaban 1441H, Isnin – Kesungguhan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berjuang sepenuh daya upaya menghadapi ‘peperangan’ pandemik COVID-19 yang fatal, tidak dapat disangkal lagi sehingga mendapat pujian ramai pihak.


Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Februari lalu turut memuji kesiapsiagaan dan keupayaan Malaysia dalam menangani jangkitan COVID-19.


Bahkan kini, tidak terkira bilangan rakyat yang meluahkan rasa bersyukur kerana lahir di bumi Malaysia dan dapat menikmati segala kelebihan daripada penjagaan kesihatan negara yang pernah diiktiraf terbaik di seluruh dunia. 


Salah seorang pengguna laman sosial Facebook, Seri Kauthar turut meluahkan rasa syukur atas ketangkasan KKM membendung COVID-19, mengucapkan tahniah kerana berjaya mengharumkan nama negara ke serata dunia.


“Terbaik Malaysia. Tahniah Dr Adham Baba dan semua yang menjayakannya. Terus berdoa kerajaan sekarang terus dapat berkhidmat untuk rakyat jelata dengan aman damai. Musuh Allah akan terhapus dengan kekuasaanNya jua,” katanya.


Seorang lagi pengguna Facebook dengan nama Ckin Abu pula memuji gaya kepimpinan kerajaan baharu – Perikatan Nasional (PN) mengatasi wabak COVID-19. 


“Alhamdulillah. Kepimpinan yang baik bermula dari atas. Kalau tengok sekarang semua main peranan masing-masing. Tak ada yang nmpk cuba tonjol lebih-lebih. Syukur di saat macam ni dapat kepimpinan yang cukup meyakinkan. #prayformalaysia,” katanya.


Sementara salah satu laman Facebook, Optimum Malaysia pula memuat naik sebuah laporan berita dari Jepun yang melahirkan rasa kagum dengan kecekapan Malaysia membina hospital sementara pada skala begitu besar hanya dalam masa empat hari.


“Ini adalah penghormatan tinggi kepada pengurusan sistem kesihatan kita di bawah pimpinan Menteri Kesihatan, Dr Adham Bab.


“Kalau negara Jepun yang diakui dunia sebagai tangkas menghadapi bencana pun kagum dengan kita, kenapa tidak kita sendiri sebagai rakyat Malaysia bersyukur mempunyai sistem pentadbiran kesihatan yang sangat baik? 


“Malaysia memang world-class. Tahniah Kementerian Kesihatan Malaysia,” katanya.


Terdahulu, media melaporkan seorang pensyarah dari Amerika Syarikat (AS) memuji tindakan pihak berkuasa Malaysia dalam mengurus dan membendung penularan jangkitan pandemik COVID-19.


Berada di Malaysia ketika Perintah Kawalan Pergerakan diumumkan, Profesor Madya Sains Kajian Otak, Neurologi dan Psikologi di Washington University, Missouri, Dr Jason Hassenstab berkata, kerajaan negara ini cemerlang dalam memastikan rakyatnya mematuhi setiap arahan sepanjang perintah itu dilaksanakan. 


Selain itu, Kedutaan Besar China di Malaysia juga turut berkongsi nada yang sama memuji petugas barisan hadapan terutama pasukan perubatan yang berusaha menangani penularan COVID-19 di negara ini.


Dutanya, Bai Tian berkata, beliau percaya pihak barisan hadapan mampu memenangi ‘perang’ melawan COVID-19.


The post Rakyat kagum, luah rasa bangga KKM cekap perangi COVID-19 appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.