Expired : 18.06.18

Rakyat Keluh-Kesah Dengan Kerajaan PH, Tidak Ada Dasar Baharu Meyakinkan – Fuad

MUAR, 25 Ogos – Ketua UMNO bahagian Bakri, Hj Fuad Tukirin berkata rakyat hari ini melahirkan keluh-kesah dengan kerajaan yang tidak mempunyai dasar jelas serta pendekatan terhadap dasar-dasar baharu untuk mereka.


Menurut beliau kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang dibina selepas PRU lalu jelas bukan sahaja tidak menampakkan perkembangan yang terkini di dalam pelaksanaan dasar-dasar untuk rakyat dan sebagainya malah lebih daripada itu yang menyebabkan rakyat mula menyatakan keluh-kesah terhadap kerajaan hari ini.



“Kalau saya turun ke akar umbi terdapat keluhan-keluhan yang tidak masuk akal… perkara-perkara yang tidak masuk akal. Oleh itu, marilah kita bersama-sama bersatu hati dalam perpaduan ummah untuk kepentingan rakyat dan negara keseluruhannya,” katanya kepada UMNO-Online, semalam.


Terdahulu sebelum itu UMNO bahagian Bakri mengadakan mesyuarat yang dirasmikan oleh Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, di Classic Hotel Muar.



Dalam ucapan aluan-aluannya, Fuad memberitahu sokongan dan dokongan ahli parti di bahagian berkenaan Alhamdulillah bukan sahaja tidak luntur malah makin meningkat walaupun parti mengalami kekalahan pada pilihan raya umum yang lalu.


Tambahnya kehadiran 700 perwakilan daripada cawangan-cawangan bahagian Bakri membuktikan segala-galanya bahawa akar umbi masih kukuh dan terus bergerak dan melaksanakan tanggungjawab berasaskan perlembagaan parti.


“Semuanya tidak ada berubah… semuanya tidak beralih arah… malah mesyuarat diperingkat cawangan tidak ada satu pun yang tidak dilaksanakan. Alhamdulillah kami berada di dalam satu kekeluargaan,” katanya.


Katanya lagi UMNO bahagian Bakri mempunyai keahlian seramai 20,251 ahli dan cawangan pula sebanyak 128 cawangan, Pergerakan Wanita, 126 cawangan, Pemuda 100 cawangan dan Puteri pula 37 cawangan.


“Tahniah dan syabas kepada seluruh cawangan yag berjaya mengadakan persidangan masing-masing dan inilah semangat dan komitmen kita. Insya-Allah kita akan terus bergerak dan Alhamdulillah hari ini mesyuarat peringkat bahagian kehadirannya cukup ramai dan amat membanggakan,” tambahnya. – UMNO Online


Norlida Ishak Shop