Expired : 18.06.18

Rakyat Malaysia 18 Tahun Ke Atas Bakal Dikreditkan RM30 Dalam ‘E-Wallet’

Hari ini telah berlangsungnya perbentangan Belanjawan 2020. Pelbagai pengumuman dan dana telah diumumkan oleh Menteri Kewangan khusus buat Rakyat Malaysia.


Antara pengumuman awal yang menarik perhatian ramai adalah pengumuman YB Lim Guan Eng mengenai pemberian RM30 ke dalam dompet digital atau lebih dikenali dengan e-wallet buat Rakyat Malaysia.



72672436_10156895337349682_356783839516819456_o


Berdasarkan perbentangan, mereka yang layak menerima rangsangan digital ini adalah Rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas serta mempunyai pendapatan tahunan RM100,000 dan kebawah. Penawaran kredit RM30  dimaklumkan bakal ditawarkan kepada Rakyat Malaysia seawal 1 Januari 2020 ini.


Penawaran RM30 ini dibuat bagi sebagai langkah untuk merancakkan lagi industri e-wallet di Malaysia yang cuma menghiasi 8% dalam sektor pembayaran di Malaysia pada ketika ini. Setakat ini, masih belum diketahui dengan lebih lanjut dibincangkan aplikasi e-wallet manakah yang disebutkan pihak kerajaan bagi membolehkan orang ramai menerimanya.


Minggu lalu, ucapan Perdana Menteri Malaysia telah membuatkan kempen #BoycottMalaysia trending berikutan marahnya Rakyat India terhadap Tun Mahathir. Dikongsikan juga pengumuman yang dibuat di World Economic Forum mengenai jumlah pekerja yang bakal hilang menjelang 2022. Ketahui lebih lanjut dengan klik pautan di bawah.



#BoycottMalaysia ‘Trending’ Kerana Rakyat India Marah Dengan Ucapan Tun Mahathir





75 Juta Pekerjaan Bakal Hilang Menjelang 2022




Norlida Ishak Shop