Expired : 18.06.18

Rakyat Malaysia ditahan miliki 64 kg ganja


BANGKOK, 1 Syaaban 1440H, Ahad – Polis Thailand menahan seorang lelaki rakyat Malaysia dan merampas 64 kilogram (kg) ganja berhampiran sempadan Malaysia-Thailand, semalam.

Timbalan Ketua Polis Hat Yai, Lt Kol Pol Tanawat Sengsui berkata, pihaknya bertindak atas maklumat, polis berjaya menangkap pemandu lori buah-buahan berusia 36 tahun dari Pulau Pinang itu, di rumah tetamu di sebuah kampung di Khuan Lang, Songkhla pada jam 2.30 pagi (waktu tempatan), Sabtu lalu.

Beliau berkata, pemeriksaan polis menemukan ketulan ganja mampat seberat 64 kg yang disembunyikan di bahagian diubah suai di dalam kereta jenis Honda Accord bernombor pendaftaran Malaysia milik suspek.

“Suspek mengaku dia mengambil dadah itu di Hat Yai dan merancang untuk menyeludup keluar ke Pulau Pinang pada keesokannya. Dia juga turut mengaku diupah untuk menyeludup ganja berkenaan ke Malaysia menerusi pelbagai pusat pemeriksaan di sempadan sebelum ditangkap,” katanya.

Katanya, semalam adalah kali kelima lelaki itu berbuat demikian dan suspek juga cuba merasuah polis agar melepaskannya.

Sementara itu, Tanawat berkata, siasatan awal mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah berkaitan dadah di Malaysia.

Bagaimanapun, lelaki itu juga mengaku hanya menyeludup ganja ke Malaysia dengan mengangkut 60 hingga 70 kg setiap kali dan dibayar 30,000 baht (RM3,846) untuk setiap serahan.

Ganja kering itu bernilai kira-kira 10,000 baht (RM1,282) sekilogram di Thailand dan harganya meningkat dua hingga tiga kali ganda di Malaysia.

Ini adalah kes kedua membabitkan rakyat Malaysia ditahan Polis Thailand berkenaan kes dadah bulan ini sahaja.

Sebelum ini pada 2 April lalu, lelaki Malaysia berusia 55 tahun telah ditahan bersama-sama 32 gram syabu diletakkan dalam 40 bungkusan kecil, bersama 11.9 gram ganja di rumahnya di Hat Yai.

Thanawat berkata, lelaki itu pernah ditangkap atas kesalahan dadah dan dipenjarakan selama dua tahun di Songhkla namun telah dibebaskan tiga tahun lalu.

“Suspek menjual dadah itu pada harga 500-1,000 baht sepeket,” katanya. – Bernama


The post Rakyat Malaysia ditahan miliki 64 kg ganja appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop