Expired : 18.06.18

Rakyat nak tahu kenapa TH tutup 4 rangkaian hotel

BANGI, 24 Jamadilakhir 1441H, Selasa – Apakah sebenarnya sebab Lembaga Tabung Haji (TH) bertindak menamatkan operasi dan perkhidmatan hospitaliti empat rangkaian hotel, yang sentiasa menjadi pilihan orang Islam untuk menginap, soal Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Haji Aminuddin Yahaya.


Beliau berkata demikian mengulas surat ditandatangani pemangku Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH Hotel & Residence Sdn Bhd (THHR), Zulkefli Ahmad bertarikh 17 Februari.


Dalam surat itu dinyatakan empat buah hotel THHR di TH Hotel Kota Kinabalu, TH Hotel Pulau Pinang, TH Hotel & Convention Centre Alor Setar dan TH Hotel & Convention Centre Terengganu akan ditamatkan operasi serta perkhidmatan berkuatkuasa 1 April depan.


Surat itu menyebut, penamatan operasi dan perkhidmatan tersebut adalah keputusan tidak dapat dielakkan memandangkan operasi dan pengurusan hotel terlibat sudah atau akan diambil alih syarikat milik Kementerian Kewangan, Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB)


Terkilan dengan penutupan rangkaian hotel berkenaan, Haji Aminuddin dalam satu kenyataan berkata, ramai pihak menuntut penjelasan apakah mungkin tindakan itu adalah sebahagian daripada rasionalisasi bagi mengurangkan bebanan hutang Tabung Haji.


“Apa pun, kita tunggu sahaja siapakah yang akan membeli bangunan-bangunan ini, di mana lokasi-lokasinya sungguh strategik. Adakah akan kekal di tangan bumiputera atau akan dikaut oleh ‘orang’ lain?


“Apakah pemberhentian operasi hotel ini satu langkah yang strategik atau ada sebab-sebab lain? Kita tidak pasti dan kita mahu tahu.


“Sebagai seorang yang biasa menginap di hotel-hotel milik Tabung Haji ini, memang saya sangat terkilan kerana hotel ini memang selesa dengan harga yang sederhana. Sudah pasti saya akan merinduinya,” katanya.


The post Rakyat nak tahu kenapa TH tutup 4 rangkaian hotel appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.