Expired : 18.06.18

Rakyat tak mahu ‘Pak Pandir’ PH


BANGI, 8 Syaaban 1440H, Ahad – PAS menyifatkan kemenangan Datuk Seri Mohamad Hasan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, Negeri Sembilan, semalam sebagai satu isyarat penyatuan ummah.


Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, kemenangan itu menunjukkan perkembangan positif ke arah agenda penyatuan ummah dan permuafakatan di kalangan parti pembangkang, pertubuhan bukan kerajaan dan tokoh berpengaruh.


Katanya, kekalahan Pakatan Harapan (PH) juga satu isyarat bahawa rakyat menolak gabungan itu yang gagal menunaikan janji Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu.


“Kekalahan PKR dan Pakatan Harapan dalam PRK ini menjadi isyarat penolakan rakyat terhadap kegagalan PH menunaikan janji, di samping petanda rakyat menolak budaya politik populis dan ‘pak pandir’ yang hanya pandai menyalahkan pihak lain.


“Saya juga mengucapkan setinggi penghargaan kepada ahli dan jentera PAS serta DHPP yang membantu dalam kempen PRK DUN Rantau ini, termasuklah ahli PAS di Rantau yang turun mengundi,” katanya dalam kenyataan malam tadi, ketika mengulas kemenangan calon Barisan Nasional (BN) pada PRK itu, semalam.


Pada PRK Rantau semalam, Mohamad, 62, atau Tok Mat mengekalkan kerusi DUN Rantau, apabila mengalahkan calon kerajaan, dan dua calon Bebas lain.


Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu menang dengan majoriti 4,510 undi apabila memperoleh 10,397 undi, sementara calon kerajaan PH, Dr S Stretam, mendapat 5,887 undi, dan dua calon Bebas, Mohd Nor Yasin dan R Malarvizhi, masing-masing 79, dan 83 undi.


PRK DUN Rantau adalah PRK ketujuh diadakan selepas PRU14 pada 9 Mei 2018, dengan yang pertama diadakan di DUN Sungai Kandis pada 4 Ogos, DUN Balakong dan DUN Seri Setia (8 September), serta Parlimen Port Dickson (13 Oktober), yang semuanya dimenangi PH.


Bagaimanapun, BN memenangi PRK Parlimen Cameron Highlands pada 26 Januari lalu, dan DUN Semenyih (2 Mac).


Ini adalah kekalahan ketiga berturut-turut buat PH yang menunjukkan rakyat menolak gabungan parti itu, dan memilih kerjasama UMNO dan PAS.


The post Rakyat tak mahu ‘Pak Pandir’ PH appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop