Expired : 18.06.18

“Ramai Doktor Kiriman Allah Di Sebalik Pembedahan”- Ayah Ainul Mardhiah Ucap Terima Kasih




AINUL MARDHIAH DAH SEDAR DAN STABIL


Bayi berusia 9 bulan yang diterbangkan ke London atas doa dan sokongan rakyat Malaysia, Ainul Mardhiah, dilaporkan telah selamat menjalani pembedahan. Pembedahan yang mengambil masa selama 5 jam bagi mengeluarkan tumor seberat 200g pada mulutnya yang dikenali sebagai germ cell tumour.


Kumpulan yang melibatkan 4 orang pakar bedah diketuai oleh Profesor David Dunaway dan turut disertai oleh Juling Ong, pakar bedah craniofacial dan pembedahan plastik paediatrik yang berasal dari Pulau Pinang. Turut dilaporkan adalah adik Ainul kini sudah sedar dan berada dalam keadaan yang stabil.






Video terbaharu ADIK AINUL MARDHIAH


RAMAI DOKTOR TERLIBAT, KIRIMAN ALLAH


Selain itu, Ahmad Safiuddin merupakan bapa adik Ainul ini juga berkongsikan di laman Facebook kisah bahawa ramai doktor yang terlibat dalam proses pembedahan anaknya selain dari Dr. Amalina Che Bakri. Perkara ini juga dianggap sebagai ‘kiriman Allah’ kepada keluarga kerana sudi memberikan sokongan di saat mereka perlukan.















Selain Dr Amalina, ainul juga ada aunty2 barunya di sini yang juga banyak membantu kami sekeluarga. Mereka semua adalah Doktor doktor yang hebat!


Special thanks to Dr Jaseem ( Avisena ) and Dr Guna ( SJMC ) yang merupakan Doktor dari Malaysia yang menguruskan transfer ainul dari Malaysia ke London. Tugas mereka sangat berat kerana perlu memastikan ainul selamat ketika dalam perjalanan ( penerbangan 13 jam ). Alhamdulillah, Doktor berdua ini dapat hantar ainul di depan pintu hospital dengan selamat dan berjaya



Dan, Dr Razin ( Medical Director MAS ) yang bantu untuk membenarkan ainul lepas untuk menaiki flight. Dr Razin and team Mas banyak juga ambil tempat dalam menjayakan Ainul ke London. Special thanks dekat Pilot yang bawa ainul termasuk crew cabin yang banyak bantu kami di atas flight!




Setibanya kami di london, kami sekeluarga telah dijemput oleh Dr Fahja ( Anaes, UK ), Dr Najmiah ( anaes, UK ), Prof Dr Faridah ( Lect, UK ) dan Encik Jeffri wakil dari Kedutaan Malaysia termasuk wakil dari MAS London. Sepupu saya dari malaysia juga turut menemani kami dari malaysia, Dr Ruhaiza dari Hospital Melaka.


Mereka ini adalah kakak kakak kami di sini. Mereka bantu uruskan dari segi penginapan, makanan, dan sentiasa menyokong dan memberikan kata kata semangat buat kami suami isteri. Mereka lah kiriman Tuhan kepada kami, sentiasa memudahkan urusan kami. Mereka hanya minta kami fikir dan fokuskan kepada ainul sahaja, the rest mereka uruskan. Baik sungguh hati!



Walaupun mereka semua sibuk dengan kerja dan keluarga masing masing, tapi sentiasa curi masa untuk bersama kami dan ainul di hospital.


Kami sangat-sangat gembira dengan Allah bila DIA telah kirimkan kepada kami pelbagai jenis manusia yang baik hati supaya dapat memudahkan segala urusan kami di sini.


Terima kasih yang tak terhingga Kak Fahja, Kak Mie, Kak Faridah, Aunty Haliza, Aunty Zahrah, Kak Sir, Aunty Sabariah, Wakil Kedutaan Malaysia; Encik Jeffri dan Dr Shafie.



Kami sangat terhutang budi dengan kalian semua!


Sumber : Ahmad Safiuddin













Norlida Ishak Shop