Expired : 18.06.18

Ramai lagi keluar, pelakon seru saman, penjara warga ingkar

Warga kota dilihat masih berkeliaran walau Perintah Kawalan Pergerakan sedang dikuatkuasakan. — Foto oleh Yusof Mat Isa
Warga kota dilihat masih berkeliaran walau Perintah Kawalan Pergerakan sedang dikuatkuasakan. — Foto oleh Yusof Mat Isa

KUALA LUMPUR, 25 Mac — Pelakon Fendy Bakry menyeru kerajaan mengambil tindakan drastik menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan.

Fendy, nama popular Mohd Affandi Nor Bakri, berkata walau sudah seminggu perintah dilaksanakan namun masih ramai yang berada di luar rumah.


“Rasanya saman-menyaman atau penjara sudah boleh laksana kot. Tunggu apa lagi?


“Makin tunggu makin bersepah orang keluar. Atau sudah ada yang disaman, saya saja tidak tahu,” coretnya di Instagram.


Perdana Menteri hari ini mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan sehingga 14 April.


Tan Sri Muhyiddin Yassin menyeru orang ramai terus berada di dalam rumah bagi mengelak penularan wabak Covid-19.