Expired : 18.06.18

Ramai Peminjam PTPTN Marah Cara Bayaran Baru

Ramai Peminjam PTPTN Marah Cara Bayaran Baru yang telah diperkenalkan dan diumumkan baru-baru ini.  Hampir 1.4 juta peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kini tidak boleh lagi ‘lari’ daripada membuat bayaran balik pinjaman itu.





Ramai Peminjam PTPTN Marah Cara Bayaran Baru
Ramai Peminjam PTPTN Marah Cara Bayaran Baru




Bermula Januari 2019, perbadanan itu akan berhubung terus dengan majikan yang akan membuat bayaran pinjaman melalui potongan gaji. 





Pengerusi PTPTN Wan Saiful Wan Jan berkata bayaran melalui Potongan Gaji Berjadual (PGB) itu akan dikenakan serendah RM40 sebulan dengan gaji minima RM2,000 sebulan.









“Mereka yang berpendapatan di bawah RM2,000 belum perlu membayar. Namun begitu pengumuman ini mendapat reaksi kurang senang terutamanya kepada peminjam PTPTN yang selama ini secara konsisten membayar hutang pinjaman mereka menerusi UJRAH. 





Peminjam PTPTN yang konsisten membayar menggunakan sistem UJRAH melalui potongan gaji juga akan terlibat dengan sistem bayaran baru ini. Jadi mereka semua mempersoalkan mengapa mereka juga terlibat sedangkan mereka sentiasa membayar hutang PTPTN mereka.





Apa yang mereka mahukan adalah fokus pihak pengurusan PTPTN adalah untuk mengutip hutang daripada peminjam yang culas dan tidak pernah membayar hutang mereka walau sesen pun.





Rata-rata berita mengenai mekanisma pembayaran balik PTPTN yang diperkenalkan ini memang tidak dipersetujui oleh peminjam PTPTN yang telah pun melaksanakan pembayaran menerusi potongan gaji berdasarkan UJRAH sebelum ini.





Jelasnya, PTPTN juga sedang bekerjasama dengan enam agensi iaitu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Akauntan Negara, Urusan Gaji Angkatan Tentera, Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) dan Perkhidmatan Awam untuk mendapatkan maklumat pendapatan dan butiran peminjam dan majikan.





“Maklumat yang diperoleh PTPTN itu akan digunakan untuk arahan potongan gaji mengikut peratus potongan kepada majikan. Seterusnya menjadi tanggungjawab majikan untuk membuat potongan gaji pekerja bagi bayaran balik pinjaman mereka kepada PTPTN.





“Bagi peminjam yang tidak termasuk dalam penggajian dengan mana-mana majikan, mereka dikehendaki membuat pengesahan maklumat pendapatan melalui portal PTPTN bagi membolehkan mereka menikmati kemudahan ansuran bayaran balik berdasarkan kepada peratusan pendapatan,” jelasnya.





Tambah beliau majikan juga digalakkan memberikan insentif membantu pekerja membayar balik pinjaman sama ada bulanan mahupun bayaran sekaligus.





Majikan yang bertindak sedemikian akan diberikan pelepasan cukai bagi jumlah bantuan bayaran PTPTN kepada pekerja mereka.





“Sukacita saya maklumkan bahawa mana-mana majikan yang membantu membayar pinjaman PTPTN untuk pekerja sepenuh masa mereka akan diberikan pelepasan cukai,” kata beliau.





Terkini, katanya seramai 225,000 peminjam dikenal pasti tidak perlu membuat pembayaran balik pinjaman kerana berpendapatan kurang daripada RM2,000.





– SUMBER-






The post Ramai Peminjam PTPTN Marah Cara Bayaran Baru appeared first on Berita Viral Terkini.


Norlida Ishak Shop