Expired : 18.06.18

Ramai Tak Keruan Bila Tomok Payung Gambar 'Transformasi' Jadi Wanita




Amri Hassan



Hiburan


Ramai Tak Keruan Bila Tomok Payung Gambar 'Transformasi' Jadi Wanita
Perkongsian sekeping foto milik penyanyi Tomok mengundang perhatian netizen.

Mana tidaknya, vokalis kumpulan New Boyz itu tampil manja berambut panjang mengurai dan bersolek ala-ala wanita.

Biarpun tanpa sebarang kapsyen pada foto berkenaan, ramai pengguna media sosial Instagram bukan hanya peminat malah rakan selebriti turut meninggalkan komen masing-masing.
 





Tidak hanya terhibur, ada antara komen-komen yang ditulis 'cemburu' dengan kecantikan hasil transformasi Tomok itu.

"Tomok ni memang amazing la! Kena tukar group nama New Girlz," tulis Shiha Zikir.

"Ni Ziana Zain 2 tu ye," sahut Zulin Aziz pula.

"Eh cantiknya!" puji Aisyaah Aziz.

"Macam mana nak cari makan ni Tomok?" tambah Yasmin Hani.

"Hai nak nombor telefon please. Hahaha," tulis Hairul Azreen pula.

Foto yang dimuat naik sejak semalam itu sehingga kini telah meraih lebih 6,000 komen dan 100,000 tanda likes.

Bagaimanapun, foto itu tidak terlepas daripada komen-komen berunsur nasihat netizen yang kurang bersetuju dengan tatacara Tomok itu.

Sehingga kini masih belum ada sebarang penjelasan daripada Tomok berhubung foto tersebut.


Norlida Ishak Shop