Expired : 18.06.18

Rapatkan Jiwa & SOLAT HAJAT Serentak HARI INI Selepas Solat Zohor Di Rumah Masing-masing


Status COVID-19 bagi seluruh dunia pada 26 Mac 2020 jumlah keseluruhan kes mencapai 467,866. Suatu angka yang menakutkan dan negara Amerika Syarikat telah mempunyai jumlah kes yang tinggi dengan jumlah 65,778 kes dan hampir menghampiri negara Itali dengan jumlah kes 74,386.



Sehubungan dengan itu, Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah telah menitahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Dato’ Seri Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri untuk melaksanakan Solat Hajat serentak di seluruh negara untuk kesejahteraan rakyat Malaysia dalam menghadapi situasi terkini.



Melalui kenyataan media yang telah dikeluarkan, kata Dr. Zulkifli, “Berdasarkan taakulan saya, dengan ilham daripada-Nya, tarikh dan waktu yang sesuai bagi cadangan pelaksanaan Solat Hajat serentak di seluruh Negara adalah pada HARI INI (Jumaat) pada 27 Mac 2020 bersamaan 2 Sya’ban 1441H selepas Solat Zohor di rumah dan tempat masing-masing.



Dr. Zulkifli menyeru kepada seluruh umat Islam di Malaysia untuk menyahut titah KDYMM Tuanku Agong dengan melaksanakan Solat Hajat serentak di seluruh Negara dan memenuhi hari Jumaat dengan zikrullah, taubat dan munajat kepada-Nya. Kepada Allah SWT jua kita berserah.



Solat Hajat dan Munajat Perdana bersama YB Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri boleh diikuti secara langsung di saluran 114 dan FB @TVAlhijrah114 jam 1.00 tengah hari hingga 2.00 petang.