Expired : 18.06.18

Rasa bersalah terlanggar anak ayam, budak bawa ke klinik

Seorang kanak-kanak lelaki yang terlanggar anak ayam dikatakan membawa haiwan itu ke klinik. — Foto ihsan Twitter/Anis Suhailah
Seorang kanak-kanak lelaki yang terlanggar anak ayam dikatakan membawa haiwan itu ke klinik. — Foto ihsan Twitter/Anis Suhailah

KUALA LUMPUR, 9 Okt — Kebelakangan ini, banyak kes penderaan haiwan baik anjing mahupun kucing, sesetengah mengakibatkan kematian dilaporkan melalui media massa.

Lain pula halnya dalam peristiwa membabitkan seorang kanak-kanak lelaki yang dikatakan terlanggar anak ayam ketika beliau menaiki basikal.


Mengikut hantaran Twitter Anis Suhailah yang mengutip kandungan daripada Facebook, kanak-kanak tersebut, dipercayai masih bersekolah rendah, membawa anak ayam ke klinik untuk rawatan.


“Budak ni tak sengaja langgar anak ayam (basikallah kot) pastu bawa ayam tu pergi klinik dengan duit yang dia ada,” kata Anis semalam.


“Dia (kanak-kanak) nak suruh doktor yang ubat. Dia bayar. Tengoklah muka bersalah dia tu,” katanya lagi. Anis bagaimanapun tidak menyebut tarikh mahupun lokasi kejadian.



Budak ni tak sengaja langgar anak ayam (basikal lah kot) pastu bawa ayam tu pergi klinik dgn duit yg dia ada. Budak lagi ada perasaan dengan haiwan tau! Yg mana mak bapak ada anak yg suka pukul, pijak haiwan janganlah tgk je. Meluntur buluh biarlah dari rebungnya.

Sumber: FB pic.twitter.com/ahkUojCi8G


— Anis Suhailah (@_anisuhailah) October 8, 2019

Dipercayai merujuk kes penderaan haiwan, Anis menyifatkan kanak-kanak berkenaan “lagi ada perasaan dengan haiwan” berbanding golongan dewasa dan perbuatan itu wajar dicontoh orang ramai.


Pada 7 Oktober lalu,  ketua pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar mendedahkan statistik menunjukkan peningkatan 30 peratus kes penderaan ke atas haiwan di seluruh negara berbanding 510 pada 2017 kepada 662 kes tahun lepas.


Datuk Dr Quaza Nizamuddin Hassan Nizam berkata terdapat peningkatan 10 peratus daripada 463 kes pada 2016 kepada angka pada 2017 dan lebih 90 peratus daripada kes-kes tersebut melibatkan anjing dan kucing.


Akta Kebajikan Haiwan 2015 memperuntukan hukuman lebih berat iaitu penjara sehingga 20 tahun dan denda lebih tinggi ke atas mereka yang melakukan kekejaman ke atas haiwan.


Norlida Ishak Shop