Expired : 18.06.18

Rasa Bertuah Dikelilingi Rakan-Rakan Yang Setia, Liyana Jasmay Jauhi ‘Persahabatan’ Palsu

Pelakon kecil molek, Liyana Jasmay meluahkan rasa syukur kerana masih dikelilingi rakan-rakan yang setia dan ikhlas bersamanya dalam susah dan senang.


Dia meluahkan rasa tersebut dalam entri terbaru di Instagram miliknya baru-baru ini. Mengakui hanya mempunyai beberapa kelompok rakan-rakan yang tidak ramai, namun persahabatan antara mereka sangat rapat.


Dia yang sebelum ini terpalit dengan beberapa isu dalam mengenakan hijab sejak kebelakangan ini memuat naik foto yang memaparkan kata-kata mengenai nilai persahabatan.











“Saya bertuah kerana memiliki beberapa kawan yang mempunyai kualiti, mereka juga setia dan ikhlas berkawan dengan saya sejak bertahun lamanya.”


Menjengah di ruangan komen, ramai rakan artis yang bersetuju dengan pendapat yang dilontarkan Liyana Jasmay itu.



Persahabatan yang baik lahir daripada hati yang ikhlas. Adat resam dalam berkawan pasti ada diuji.


Info berasingan, Liyana Jasmay kini aktif menulis skrip dan menerbitkan filem untuk tatapan penonton peminat drama tempatan.