Expired : 18.06.18

"Rasa Bertuah Drama Bersiri Nur Bolot Kategori Drama" - Pengarah




Zulaikha Yusof



Hiburan



Pengarah dan penulis drama bersiri Nur, Shahrulezad Mohameddin mengakui sudah menjangkakan kemenangan untuk drama arahannya.

Namun begitu, Ezad tidak suka meletakkan harapan yang tinggi kerana sebelum ini pernah terjadi drama terbitan Radius One Sdn Bhd tidak menang seperti yang diinginkan.

"Saya sudah menjangkakan kemenangan pada malam ini dengan hasil sokongan peminat Nur.

"Walaubagaimanapun, saya tidak suka berharap kerana pernah sebelum ini drama Radius One Sdn Bhd bertanding namun rezeki tidak berpihak kepada kami.

"Saya lebih suka bertanding dengan perasaan 'enjoy' sahaja tanpa perasaan tertekan," katanya.

Shahrulezad ditemui di malam Anugerah Skrin 2018 yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), semalam.

Tambah Shahrulezad, dia berasa bertuah kerana Nur telah membolot banyak trofi menerusi kategori drama rantaian.

Drama Nur telah merangkul trofi Drama Rantaian Terbaik. Selain itu, teraju utamanya iaitu Syafiq Kyle dan Amyra Rosli turut memenangi kategori Pelakon Lelaki dan Pelakon Wanita Terbaik Drama Rantaian.

Drama arahan Rashid Sibir, Pendosa Ingin Ke Syurga diangkat sebagai Drama Terbaik dan filem Dukun terbitan Astro Shaw meraih trofi Filem Terbaik.


Norlida Ishak Shop