Expired : 18.06.18

Rashford pemain berbakat

KAPTEN Manchester United, Harry Maguire melabelkan Marcus Rashford antara pemain paling berbakat yang pernah beraksi bersamanya.


Rashford, 22, menempuhi musim baik dengan menjaringkan 19 gol dalam 31 perlawanan, sebelum mengalami kecederaan belakang yang serius pada Januari lalu.


Penyerang England itu terus mempamerkan peningkatan dan Maguire memuji bakat rakan sepasukannya di United berkenaan.


"Saya fikir dalam pasukan, anda harus mempunyai kapten dan bergantung kepadanya, tapi anda perlu mengasingkan tanggungjawab kepimpinan dalam pasukan," kata pemain pertahanan itu.


"Marcus mempunyai ciri itu dan dia berjuang pada setiap perlawanan.


"Jelas sekali dia mengalami kecederaan teruk tapi dia berusaha gigih untuk kembali. Dia jarang terlepas perlawanan.


"Dia sentiasa mahu meletakkan dirinya sentiasa bersedia. Saya fikir anda boleh lihat keadaan sekitarnya, serta di luar dan di dalam gelanggang, dia sangat cemerlang dengan kerja kebajikan, yang sangat hebat untuk diikuti.


"Di atas padang, seperti yang saya katakan, saya sangat mengaguminya. Dia antara pemain berbakat yang pernah bermain bersama saya.


Rashford turut menjaringkan 10 gol dalam 38 perlawanan buat England, gembira sepanjang kempen prolifik buat United, melepasi angka dua digit dalam saingan Liga Perdana buat dua musim berturut-turut.


Ketika Maguire memuji rakan sepasukannya itu, dia turut meluahkan kebimbangan berikutan tekanan melampau yang diberikan kepada Rashford.