Expired : 18.06.18

Ratifikasi ICERD rugikan Melayu, hak keistimewaan dihapus

Oleh Athirah Huda Zalhe


BANGI, 21 Safar 1440H, Selasa – “Saya berani mengatakan, jika konvensyen itu disahkan, dengan serta-merta, akan ada pihak yang akan mencabar kesahan (validity) Perkara 153 atas alasan ia bercanggah dengan konvensyen itu.”


Demikian ditegaskan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad, ketika mengulas mengenai cadangan kerajaan di bawah Pakatan Harapan (PH) hendak meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.


Perkara 153 adalah berkaitan – ‘Perizaban kuota berkenaan dengan perkhidmatan, permit, dan sebagainya bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak’.


Abdul Hamid juga berkata, dengan kemenangan Pakatan Harapan (PH) dalam PRU14, kerajaan sekarang hendak mengesahkan ICERD dan lima lagi konvensyen yang berkaitan, sebagai memenuhi janji pilihan raya, khususnya kepada orang bukan Melayu.


Beliau turut menegaskan bahawa tujuan utama ICERD hendak diratifikasikan adalah kerana pihak berkaitan mahu keistimewaan yang diberikan kepada bangsa Melayu dan anak negeri Sabah serta Sarawak, dihapuskan.


“Mereka tidak berkata dengan terus terang bahawa itulah tujuan mereka, untuk mengelak bantahan. Maka, mereka menuntut supaya Malaysia mengesahkan konvensyen berkenaan.


“Apabila Malaysia mengesahkannya, Perkara 153 dan dasar yang bersifat diskriminasi kaum yang telah dipersetujui sebagai balasan kepada persetujuan orang Melayu memberi kerakyatan kepada orang bukan Melayu, yang telah termaktub dalam Perlembagaan itu, akan terpaksa dimansuhkan.


“Untuk mengelak bantahan orang Melayu dan anak-anak negeri Sabah dan Sarawak, mereka mengatakan bahawa pengesahan itu tidak akan melibatkan peruntukan Perkara 153. Itu tidak betul,” katanya menulis dalam blog beliau, hari ini yang bertajuk ‘Pengesahan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Kaum merugikan Melayu’.


Abdul Hamid juga berkata, kesan jika Malaysia meratifikasi ICERD, termasuk terpaksa mengubah dasar, seperti membuka Universiti Teknologi Mara (UiTM) kepada semua kaum, tidak boleh dikhaskan kepada pelajar Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak sahaja.


“Pengambilan pegawai-pegawai awam tidak boleh mengikut quota lagi; demikian juga pemberian biasiswa, lesen dan kontrak, tidak boleh diberi keutamaan kepada orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak lagi, dan berbagai-bagai lagi; undang-undang yang bersifat diskriminasi, termasuk Perkara 153 mestilah dimansuhkan, dan lain-lain lagi.


“Itulah sebabnya kerajaan BN tidak mengesahkannya. Dalam hal ini, kita patut puji kerajaan BN dan peguam-peguam negara yang menasihatkan kerajaan BN dalam tempoh 50 tahun itu.


“Perlu diambil ingatan, tempoh itu termasuk 22 tahun Tun Dr Mahathir (Mohamad) menjadi Perdana Menteri. Kita juga patut puji beliau bagi tempoh itu. Bagaimana sekarang?,” soal beliau.


BACA ULASAN BELIAU SELANJUTNYA DI SINI


The post Ratifikasi ICERD rugikan Melayu, hak keistimewaan dihapus appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop