Expired : 18.06.18

Rawat Rambut Bermasalah Dengan Daun Kari

Tahukah anda, masalah rambut dapat dirawat dengan daun kari? Daun kari dikatakan dapat mencegah uban serta melebatkan rambut serta memperbaiki akar rambut yang rosak. Antioksidan yang tinggi pada daun kari dapat membantu masalah sel kulit mati pada kulit kepala dan ia juga mampu untuk menguatkan folikel rambut.



Rawatan kelemumur:

Tumbuk daun kari sehingga halus dan sapukan pada kawasan kelemumur.



Rawatan untuk rambut rosak:

Ambil dua, tiga helai daun kari dan campurkan dengan susu. Sapukan pada rambut dan biarkan sekejap, kemudian bilas rambut sehingga bersih.



Cegah rambut nipis:

Tumbuk daun beberapa helai daun kari. Campurkan dengan sedikit minyak serta sapukan pada kulit kepala.


Boleh cuba dan lihat sendiri hasilnya. Selamat mencuba!


Sumber: keluarga.myvia Syok


Norlida Ishak Shop