Expired : 18.06.18

“Rayyan Menangis...”- Raf Yaakob Tukar Anak Ke Sekolah Kerajaan




Syafiqah Jalal



Hiburan

“Rayyan Menangis...”- Raf Yaakob Tukar Anak Ke Sekolah Kerajaan
Impian pelakon Raf Yaakob untuk melihat anaknya, Raden Ahmad Rayyan memasuki sekolah kerajaan menjadi kenyataan selepas permohonannya diluluskan.

Raf bersyukur kerana Rayyan juga meminta untuk ditukarkan dari sekolah swasta ke sekolah kerajaan selepas umurnya 8 tahun.

“Alhamdulillah, rezeki Rayyan la ni. What’s meant to be, it will be.

“Memang impian Raf nak anak sulung Raf bersekolah di situ (sekolah kerajaan). Tapi waktu dia 6 tahun, dia nak satu sekolah dengan cousins dia (anak @fazleyyaakob). 

“Tapi ni Rayyan dah 8 tahun, dia request nak ke sekolah favourite dia tu. Sebab padang sekolah tu berumput cantik, best untuk dia nak main bola kat situ,” tulisnya.

Raf berkongsi berita gembira itu di akaun Instagram miliknya.

Menerusi perkongsian itu dia turut memuat naik rakaman video bersama Mawar yang gembira dengan keputusan tersebut.

Selain itu, menerusi kapsyen Raf memberitahu proses permohonan itu bukan mudah.

“Raf pun apply la untuk pindah sekolah. Sampai-sampai je Kementerian Pendidikan, staff sana cakap sekolah ni waiting list ramai. Nak masuk bukan senang. Raf tawakkal je la memohon untuk Rayyan.

“Balik je dari apply, Raf beritahu Rayyan yang peluang nak masuk sekolah tu 50:50 tau. Menangis dia. Dia nangis kat Raf dan Mummy Rose dia, minta kami doakan dia dapat tukar sekolah. And today is the result day. 

“Papa just want to tell you, selagi papa masih hidup...I will do anything for you, sehabis daya papa. And to all your adik-adik too @raysaachanelaraf and @radenrafaelraf. You guys and mommy @mawarashid are my nyawa. Love you all so much,” luahnya lagi.
 



Norlida Ishak Shop