Expired : 18.06.18

Real lakar kemenangan, Atletico hampa

ZINEDINE Zidane membalas Real Madrid dengan kemenangan pertama di bawah kendalian jurulatih itu tatkala Isco dan Gareth Bale masing-masing menjaringkan gol ketika menang 2-0 ke atas Celta Vigo sementara Atletico Madrid tewas kepada Athletic Bilbao, juga dengan 2-0 dalam saingan La Liga.


Isco yang tidak berada dalam senarai kesebelasan utama pasukan untuk aksi perlawanan La Liga ketika pasukan itu di bawah bimbingan Santiago Solari, melakukan jaringan pembukaan selepas satu jam permainan berlangsung, sebelum Bale menunjukkan komitmennya bersama pasukan itu tetap tinggi menerusi gol kedua buat mengecewakan Celta.


Bale bergandingan baik dengan Marcelo, yang menjadi antara pemain yang disisih Solari namun diberi peluang untuk beraksi pada perlawanan itu.


Keylor Navas turut menyelamatkan beberapa percubaan bahaya di separuh masa pertama, kembali beraksi selepas dibayangi rakan penjaga gawangnya, Thibaut Courtois.


“Saya tekankan kepada pasukan perkara yang ringkas,” kata Zidane.


“Saya hanya memberitahu mereka untuk berseronok, ketika beraksi, untuk berlari bersama-sama dan untuk bersatu apabila kita tidak memperolehi bola itu. Apabila kita memilikinya, marilah kita bergembira dan itu apa yang kami lakukan.”


Marco Asensio yang dikatakan antara pemain yang memberi banyak masalah kepada Real musim ini dilihat beraksi baik dalam satu pasukan. Gerakan menariknya membuka ruang kepada Isco menjaringkan gol.


Kemenangan itu menamatkan empat kekalahan dalam perlawanan di gelanggang sendiri dan bermakna Real Madrid merapatkan kedudukan dengan sembilan mata di belakang Barcelona yang akan beraksi di gelanggang lawan di Real Betis pada Ahad.


Defisit itu pastinya membuktikan jurang dengan pendahulu liga itu semakin hampir namun tugas Zidane masih belum selesai dan perlu menyuntik semangat pemain untuk berdepan 10 baki perlawanan liga.


Pemain Athletic Bilbao, Yuri Berchiche (kiri) berdepan Atletico Madrid, Antoine Griezmann (kanan) dalam aksi La Liga. FOTO EPA.



Sementara itu, pasukan di tangga kedua La Liga, Atletico tewas menerusi dua gol lewat Bilbao dalam aksi di San Mames.


Gol jaringan Inaki Williams pada minit ke-73 dan Kenan Kodro minit ke-85 untuk Bilbao menambah derita Atletico yang tersingkir dari saingan Liga Juara-Juara ke atas Juventus minggu lalu.


Norlida Ishak Shop