Expired : 18.06.18

Realme 2 Pro Dengan 8GB RAM Kini Ditawarkan Serendah RM799

Beberapa pengeluar peranti hari ini menawarkan diskaun untuk telefon pintar mereka, dan menariknya pihak Realme turut tidak ketinggalan dan menawarkan diskaun untuk telefon pintar Realme 2 Pro yang diperkenalkan pada penghujung tahun lepas.



Realme 2 Pro menawarkan spesifikasi pertengahan, tetapi dengan beberapa ciri-ciri menarik. Ia hadir dengan skrin 6.3-inci FHD, dijana cip Snapdragon 660, dan bateri berkapasiti 3500mAh. Ia turut dilengkapi kamera belakang 16MP + 2MP, selain kamera hadapan 16MP.


Menariknya adalah, hari ini pengguna yang berminat turut boleh mendapatkan Realme 2 Pro pada harga serendah RM799 untuk model yang hadir dengan memori 8GB RAM dan storan 128GB.


Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan telefon pintar ini melalui Lazada hari ini.



Beli : Realme 2 Pro


Norlida Ishak Shop