Expired : 18.06.18

Realme 3 Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 21 Mac 2019

Realme Malaysia sedia mengacah kehadiran Realme 3 sejak beberapa minggu lepas melalui kedai atas-talian mereka di Lazada. Hari ini, mereka akhirnya mengesahkan yang mana Realme 3 akan dilancarkan di Malaysia secara rasminya pada 21 Mac 2019 kelak.


Realme 3


Realme 3 hadir dengan skrin 6.2-inci HD+ bertakuk kecil, dijana cip Helio P60, memori dalam pilihan 3/4GB RAM dan storan dengan pilihan 32/64GB. Ia turut menggunakan bateri sebesar 4230mAh.


Ia turut menggunakan kamera belakang gabungan 13MP + 2MP, selain kamera swafoto 13-megapixel. Beberapa ciri rakaman unik turut disertakan, termasuk antaranya adalah “Chroma Boost” dan juga mod rakaman malam “Nightscape”.


Kita akan mendengar lanjut mengenai tarikh mula jualan dan harga jualannya pada acara pelancarannya kelak. Di India, peranti ini ditawarkan pada harga bermula INR8999 iaitu sekitar RM518.



Norlida Ishak Shop