Expired : 18.06.18

Redmi K30 Pro Mungkin Akan Dijenamakan Semula Sebagai Pocophone Untuk Pasaran Global

Redmi K30 Pro adalah peranti mercu terbaru dari Redmi. Setakat ini, ia adalah peranti yang dijana Snapdragon 865 paling murah. Rekaan yang premium, kamera yang hebat dan skrin yang menyeluruh. Redmi K30 Pro setakat ini terhad dijual di China sahaja dan masih tiada berita untuk pasaran global sehingga hari ini.



Dalam kod aplikasi kamera MIUI pada Redmi K30 Pro, terdapat petanda yang versi global peranti ini mungkin akan dijenamakan semula sebagai jenama Poco. Ini mungkin adalah Poco F2 yang ramai nanti-nantikan. Nampaknya, tiada Redmi K30 Pro untuk pasaran global atau India seperti Redmi K20 Pro atau juga Mi 10T. Dalam kod aplikasi kamera ini, ia memperlihatkan slogan Shot On Poco sebagai tera air apabila mengambil gambar menggunakan aplikasi ini.


Perkara ini membuktikan yang pasukan Poco tidak lagi mempunyai idea tersendiri seperti peranti Poco F1. Sebaliknya hanya mengitar semula peranti Redmi dan hanya mengubah logo dan perisian kepada versi bahasa Inggeris sahaja. Ini sudah dijangka, kerana Redmi K30 4G dijenamakan sebagai Poco X2 – jadi tidak terkejut jika Redmi K30 Pro adalah Poco F2 atau mungkin juga Poco X2 Pro.