Expired : 18.06.18

Redmi Note 8 Akan Hadir Dengan Sistem Penyejukan Cecair, Sokongan Zum 25 Kali Dan Rakaman Video Lebih Dari 8K

Redmi Note 8 akan dilancarkan pada minggu hadapan iaitu 29 Ogos 2019. Peranti ini akan menjadi peranti pertama Xiaomi dengan kamera 64MP, yang mana agak dahsyat.



Kini, Redmi telah berkongsi secara rasmi yang Redmi Note 8 akan mempunyai sokongan sistem penyejukan cecair. Secara tidak langsung menjadi antara peranti kelas pertengahan terawal yang mempunyai sistem penyejukan ini. Sistem ini dikatakan boleh merendahkan sebanyak 4-6 darjah daripada biasa dan boleh bermain permua tanpa peranti memanas.



Kemudian untuk kamera, kita sudah tahu yang ia akan menggunakan lensa 64MP. Dengan penggunaan pasca-proses, peranti ini boleh menzum sehingga 25 kali dengan kualiti gambar yang terang dan jelas. Tidak cukup dengan itu, Redmi Note 8 mampu merakam pada resolusi lebih 8K – iaitu 9248 x 6936. Resolusi ini adalah hampir 2 kali ganda daripada 8K dan lebih 7 kali 4K.


Redmi Note 8 akan dilancarkan bersama-sama dengan Redmi TV pada 29 Ogos ini. Untuk informasi lanjut, mari sama-sama kita nantikan.


Sumber: [1], [2], [3], [4]


Norlida Ishak Shop