Expired : 18.06.18

Reinach cipta hatrik terpantas

PEMAIN Afrika Selatan, Cobus Reinach mencipta hatrik terpantas dalam sejarah Piala Dunia Ragbi bagi mengesahkan kemaraan Springboks ke suku akhir dengan membelasah Kanada 66-7 di Kobe hari ini.


Springboks mencipta 10 try termasuk tujuh pada babak pertama yang menyaksikan ‘scrum-half’ Reinach mencipta hatrik dalam masa 11 minit.


Catatan itu lebih pantas daripada dilakukan ‘fullback’ Australia, Chris Latham yang mencipta hatrik dalam tempoh 25 minit ketika membelasah Namibia 142-0 pada Piala Dunia 2003 di Adelaide.


Afrika Selatan mendahului 47-0 sebelum rehat yang menyaksikan Kanada beraksi 14 pemain selepas pemain gantian, ‘lock’ Josh Larsen dibuang padang.


Tetapi Kanada yang enam hari lalu tewas 0-63 kepada juara bertahan, New Zealand berjaya mendapat satu try menerusi Matt Heaton.


Kemenangan mata bonus itu membolehkan juara dunia dua kali, Afrika Selatan mara ke saingan lapan terakhir selepas tewas aksi pembukaan Kumpulan B kepada All Blacks dengan Jepun yang menewaskan mereka 34-32 pada Piala Dunia 2015 di England dijangka menunggu di suku akhir.


Norlida Ishak Shop