Expired : 18.06.18

Rejim Israel rampas tanah persendirian Palestin


BAITULMAQDIS, 11 Syaaban 1440H, Rabu– Rejim pengganas Israel merampas ratusan ekar tanah persendirian Palestin dan lima buah kampung terpencil di bahagian timur Tebing Barat yang diduduki.


Walaupun tindakan rejim itu jelas melanggar undang-undang antarabangsa dan resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC), Israel tetap meneruskan dasar pembajakan dan perluasan kediaman haram Yahudi di wilayah itu.


Pegawai pemantau aktiviti penempatan Israel di Lembah Jordan, Mutaz Bisharat berkata, rejim itu merampas 51 kilometer tanah milik Palestin, termasuk lima kampung terpencil, selain turut menguasai mata air, jentera pertanian dan sel solar di kawasan itu.


Mutaz berkata, dasar rejim Israel dalam mengasingkan perkampungan di daerah Tubas sangat jelas, apabila kawasan itu ditandakan sebagai zon ketenteraan tertutup yang menghalang daripada pemiliknya masuk.


Katanya, tindakan Israel itu juga bertujuan untuk menghalau rakyat Palestin dari kawasan itu di bawah rancangannya merampas Lembah Jordan.


Sehingga kini, kira-kira 600,000 penjajah Israel tinggal di lebih 230 penempatan haram yang dibina sejak 1967 di Tebing Barat dan Baitulmaqdis.


Langkah itu dikutuk oleh Majlis Keselamatan PBB melalui beberapa resolusi, namun Israel tetap ingkar.- Agensi


The post Rejim Israel rampas tanah persendirian Palestin appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop