Expired : 18.06.18

Rejim Israel roboh kediaman warga Palestin

BAITULMAQDIS, 30 Safar 1440H, Khamis – Setiap hari ada sahaja penindasan yang dilakukan tentera pengganas Israel terhadap penduduk Palestin, terbaharu rejim itu merobohkan sebuah bangunan kediaman di kem Shufat, Baitulmaqdis Timur.


Seorang wartawan agensi berita Ma’an mengesahkan, lebih daripada 300 tentera Israel menyerbu kem pelarian Shufat dan merobohkan bangunan berkenaan menggunakan beberapa jentolak.


Difahamkan, rejim Zionis mahu menjadikan seluruh kawasan itu sebagai pangkalan tentera.


Penduduk tempatan berkata, bangunan itu dirobohkan dengan alasan kononnya dibina tanpa izin pihak Israel.


Bangunan kediaman empat tingkat, yang terletak berhampiran halangan pemisah Israel, adalah milik Mahmoud Jaradat dan berukuran 2,400 meter persegi; bangunan ini termasuk 12 pangsapuri dan garaj.



Jaradat berkata, ia adalah rumah kepada dua keluarga Palestin dengan 12 ahli keluarga, dan menyatakan bahawa bangunan itu memerlukan kos kira-kira AS$817,237 untuk dibina.


Jaradat berkata, Pentadbiran Awam Israel mengeluarkan perintah perobohan kira-kira lapan bulan yang lalu, bagaimanapun, peguam Jaradat yang mengikuti kes itu sudah merayu untuk penangguhan, namun ditolak.


Rejim Israel menggunakan alasan ‘membina tanpa permit’ untuk melaksanakan perobohan rumah milik Palestin secara tetap. – Agensi


The post Rejim Israel roboh kediaman warga Palestin appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop