Expired : 18.06.18

Rejim Zionis tembak mati remaja Palestin


GAZA, 1 Rabiuawal 1440H, Jumaat – Rejim pengganas Israel menembak mati seorang remaja Palestin ketika pertempuran dengan penunjuk perasaan yang menyertai perhimpunan aman anti-pendudukan di sepanjang sempadan antara Semenanjung Gaza-Israel, semalam.


Jurucakap Kementerian Kesihatan Gaza dalam satu kenyataan berkata, Alaa Abu Sherbin ditembak mati di timur Deir al-Balah, berhampiran tengah Gaza.


Difahamkan, insiden itu turut menyebabkan tiga yang lain cedera, akibat tembakan peluru hidup rejim berkenaan.


Kelmarin, seorang pemuda Palestin meninggal dunia setelah bertarung nyawa akibat kecederaan serius sewaktu tentera Israel melancarkan serangan berdekatan pagar yang memisahkan Gaza dengan wilayah yang diduduki itu.


Ahmed Khaled al-Najjar, 21, berasal dari bandar Khan Younis meninggal dunia di hospital Ahli di bandar al-Khalil, Tebing Barat.


Sejak lebih tujuh bulan lalu, rakyat Palestin di Semenanjung Gaza melancarkan tunjuk perasaan The Great March of Return berhampiran sempadan Gaza-Israel, mendesak kepungan yang berlanjutan hampir 12 tahun ditamatkan, selain menuntut hak pulang ke kampung dan kediaman yang dirampas.


Sehingga kini, lebih 200 rakyat Palestin terbunuh, sementara ratusan ribu yang lain cedera angkara rejim Israel.- Agensi



The post Rejim Zionis tembak mati remaja Palestin appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop