Expired : 18.06.18

Reka akaun palsu Facebook kutip dana, Fauziah Nawi buat aduan

Pelakon veteran Fauziah Nawi membuat aduan dibuat di balai polis Shah Alam. — Foto ihsan Instagram/Fauziah Nawi
Pelakon veteran Fauziah Nawi membuat aduan dibuat di balai polis Shah Alam. — Foto ihsan Instagram/Fauziah Nawi

KUALA LUMPUR, 13 Julai — Pelakon veteran Fauziah Nawi membuat laporan polis ke atas individu yang mereka akaun palsu menggunakan namanya di Facebook.

Fauziah, 66, berbuat demikian di balai polis Shah Alam semalam dan bercadang ke Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia minggu depan bagi melengkapkan siasatan, lapor Kosmo!.


“Sebelum ini saya pernah juga kena perkara yang sama tetapi kali ini sudah melampau hingga mengaibkan nama dan imej sekaligus menggunakan nama saya sebagai ‘public figure’ untuk kepentingan peribadi,” kata pelakon Mencari Rahmat.


Pembantu wanita terbaik Festival Filem Malaysia (FFM) 1995 berkata semakan mendapati akaun tersebut direka atas namanya untuk mengutip dana pertubuhan dan rumah kebajikan.


“Mohon jangan jangan mudah terpedaya dengan helah ‘scammer’ itu. Saya tidak pernah buat kutipan dana untuk sebarang rumah atau persatuan kebajikan,” katanya yang juga pengarah teater.


Norlida Ishak Shop