Expired : 18.06.18

Rekaan Google Nest Mini Baharu Tertiris Dengan Perubahan Rekaan Yang Kecil

Google akan mengadakan acara khas mereka pagi esok dengan Pixel 4 XL dan Pixel 4 menjadi dua peranti yang paling dinantikan selepas berbulan lamanya tertiris. Selain itu kemas kini kepada komputer riba dan speaker pintar juga akan diperlihatkan. Pagi ini gambar Google Nest Mini baharu telah tertiris.


Sekilas pandang memang tiada perubahan yang besar dapat dilihat. Google hanya menambah lubang pencangkuk pada bahagian tapak yang membolehkan Nest Mini disangkut pada dinding. Selain itu warna tapak kini sama dengan fabrik yang menutupi bahagian pembesar suara. Perubahan lain terletak pada perkakasan di mana ia kini menyokong bluetooth 5.0 dan kualiti audio yang dipertingkatkan.


Norlida Ishak Shop