Expired : 18.06.18

Rekaan Penjejak Kesihatan Fitbit Untuk Kanak-Kanak Tertiris

Penjejak kesihatan memudahkan proses mengira kalori yang dibakar, tahap bacaan nadi dan menjejak larian. Majoriti penjejak kesihatan di pasaran mensasarkan golongan dewasa tetapi menurut perangkaan terkini UNHCR, golongan kanak-kanak yang kini terdedah kepada gejala obesiti. Oleh itu pelbagai cara dilakukan untuk menggalakkan kanak-kanak untuk bersukan bagi mengawal kegemukan.


Fitbit ialah jenama pengeluar penjejak kesihatan yang amat popular. Terkini rekaan penjejak kesihatan terkini mereka telahpun tertiris. Ia menggunakan warna ranggi yang menarik untuk kanak-kanak serta antaramuka dengan watak kartun. Berdasarkan rekaan kami tidak dapat melihat sensor pengimbas nadi disertakan. Pada bahagian belakang juga terdapat seperti lohong udara untuk pembesar suara. Tiada maklumat juga mengenai nama, spesifikasi atau bilakah ia akan dilancarkan buat masa ini.


Norlida Ishak Shop