Expired : 18.06.18

Rekaan Samsung Galaxy A8s Tertiris

Samsung Galaxy A8s akan dilancarkan pada 10 Disember kelak. Ia adalah peranti pertama mereka yang dilengkapi skrin berlubang Infinity-O untuk kamera swafoto. Sebelum ini hanya panel hadapan tertiris tetapi rekaan sepenuhnya peranti ini telah tertiris ke arena web semalam. Ini adalah kerana ia telah disenaraikan di laman pensijilan TENAA di China.


8sPada bahagian hadapan jelas kelihatan lubang kecil pada bucu atas sebelah kiri skrin. Sistem tri-kamera yang disusun menegak pula digunakan pada bahagian belakang. Ia mempunyai rekaan yang menyerupai iPhone XS. Turut kelihatan ialah pengimbas cap jari pada panel belakang. Setakat ini ia disahkan dilengkapi skrin 6.39-inci dengan resolusi FHD+ dan dijana pemproses Snapdragon 710.


Norlida Ishak Shop