Expired : 18.06.18

Relaks, Tak Perlu Menggila – Respon Liyana Jasmay Bila Dikritik Pakai ‘Snowcap’ Nampak Rambut

Meskipun pelakon Liyana Jasmay tidak begitu aktif lagi dalam bidang hiburan, setiap perkara yang beliau lakukan masih lagi mendapat perhatian ramai.



Berkongsi beberapa foto beliau bercuti di London, salah satu foto Liyana menunjukkan dirinya memakai ‘snowcap’ dan menampakkan bahagian leher dan rambutnya mengundang pelbagai reaksi daripada netizen. Liyana dikecam mempermainkan agama dan hukum menutup aurat. Dengan nada sinis, ada yang berkata beliau mungkin akan kembali kepada imej tidak bertudung.


Bagaimanapun, Liyana tenang membidas setiap kecaman dan turut memaafkan komen negatif terhadap dirinya.


Mata netizen ini memang tajam dan ada sesetengahnya pasti akan mencari kesalahan seseorang. Mungkin Liyana harus lebih berhati-hati sebelum memuat naik foto di media sosial agar tidak menimbulkan sebarang spekulasi mahupun fitnah.


Sumber Berita : Harian Metro


Norlida Ishak Shop