Expired : 18.06.18

Remaja lebih muda didakwa liwat pembantu kedai di tandas

Perbicaraan yang diadakan secara tertutup hari ini menetapkan 20 Disember sebagai tarikh keputusan kes.
Perbicaraan yang diadakan secara tertutup hari ini menetapkan 20 Disember sebagai tarikh keputusan kes.

BUTTERWORTH, 30 Okt — Seorang remaja di sini mengaku bersalah meliwat pembantu kedai yang tua dua tahun daripadanya.



Pengakuan dibuat di hadapan hakim Mahkamah Sesyen Noor Aini Yusof yang membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,000, lapor Harian Metro.


Berdasarkan kertas pertuduhan, suspek, 14, didakwa meliwat mangsa di tandas sebuah pusat sukan di sini pada 18 Oktober lalu.



Mangsa kemudian membuat laporan polis pada 24 Oktober mendakwa dia diliwat tertuduh ketika sedang menunggu majikan.


Perbicaraan yang diadakan secara tertutup hari ini juga menetapkan 20 Disember sebagai tarikh keputusan kes.


Kes disiasat di bawah Seksyen 377A Kanun Keseksaan iaitu persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii sama ada melalui mulut atau dubur, yang boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat.


Norlida Ishak Shop