Expired : 18.06.18

Remy Ishak Rapat Dengan Mira Filzah Ini Komen Zizan Razak

Ramai peminat menganggap kemesraan dan keserasian gandingan Mira Filzah dan Remy Ishak di dalam dua drama terbitan di dua stesen TV berbeza mempunyai hubungan istimewa, lapor Sinar Harian.


Perkara ini sekali gus dikatakan membuatkan hubungan Mira dan Zizan Razak mula berubah.


Hubungan Mira Filzah dan Remy Ishak


Bagi selebriti serba boleh ini, Zizan tidak melihat keakraban Mira dan Remy sebagai satu masalah dan mengakui hubungan mereka masih sama seperti dahulu dan tidak pernah berubah.



“Saya tak mahu komen mengenai hubungan mereka atau sejauh mana hubungan mereka. Itu kena tanya mereka sendiri.


Hubungan Mira Filzah dan Zizan Razak


“Tapi hubungan saya dengan Mira masih sama, saya masih berkawan baik kerana kami berada di dalam industri yang sama,” katanya ketika ditemui pada majlis sidang media telefilem terbitan Astro First Eksklusif, Saya Jual Ye Bang, di GSC Signature Gardens, Petaling Jaya, baru-baru ini.


Zizan juga memaklumkan dia tidak pernah mengeluarkan kenyataan untuk berkahwin tahun ini, menerusi temu bual berasingan.


Bahkan bagi Zizan sendiri sehingga kini, dia belum mempunyai teman istimewa sebaliknya hanya lebih senang berkawan sahaja dengan mana-mana wanita.


Image result for zizan razak mira filzah


Walau bagaimanapun, anak jati Kuala Terengganu ini berkata, ikutkan hatinya, dia mahu berkahwin secepat mungkin dan tidak kisah jika bakal isterinya itu adalah seorang selebriti juga.


“Kalau boleh hari ini juga saya nak kahwin, tetapi soal jodoh ini semua kerja ALLAH. Saya tidak kisah sekiranya dipertemukan jodoh dengan artis sebab saya tidak boleh menolak kalau itu takdir daripada ALLAH.


“Cuma, apa yang penting bakal isteri saya perlu mendapat restu terlebih dahulu daripada ibu saya.


“Bertudung atau tidak itu bukan keutamaan, yang penting pada hati, kejujuran, amanah dan pendirian dia.


“Bertudung itu luaran sahaja. Bagaimanapun, ia tetap satu benda yang penting dalam ajaran agama kita untuk wanita menutup aurat,” jelasnya yang mengutamakan restu ibunya.


Biodata Zizan Razak


Zizan Razak merupakan naib juara Raja Lawak Astro musim pertama bersama Johan. Melalui rancangan inilah beliau dikenali sebagai “Zizan Raja Lawak”.


Image result for zizan raja lawak musim 1


Zizan juga mengambil bahagian dalam Maharaja Lawak, yang merupakan siri kedua pertandingan untuk finalis setiap musim Raja Lawak.


Dalam rancangan itu, beliau digandingkan bersama Johan. Mereka dikenali sebagai Jozan. Mereka berdua mengacarakan rancangan bual bicara santai dengan menggunakan nama kumpulan ini, yang bertahan selama satu musim.


Zizan juga menjuarai Super Spontan Superstar sebanyak dua kali. Zizan juga pernah digandingkan bersama Sherry Ibrahim menerusi drama komedi Chapalrela yang bersiaran di Astro Warna.


Zizan memegang watak sebagai Sunny, seorang bapa ayam yang bertanggungjawab memisahkan Kenji dan ibunya dalam telefilem Karlos Bolos yang bersiaran pada Hari Raya Aidilfitri 2013, dibintangi oleh Johan As’ari dan Syazwan Zulkifly.


Ini merupakan pertama kali Zizan menjayakan watak serius dalam kerjaya lakonannya. Beliau bersama Shaheizy Sam kembali bekerja di bawah arahan Ghaz Abu Bakar menerusi telefilem Baby Bro! yang turut menampilkan Izara Aishah dan Nur Qistina Raisah.


Telefilem ini mengisahkan tentang kehidupan seharian dua orang pemuda, Joe dan Sham, yang mencari rezeki dengan cara tersendiri di kota Kuala Lumpur.


Kehidupan mereka berubah serta-merta dengan kehadiran seorang bayi yang tidak diketahui dari mana asalnya, ia menemui penonton di Astro First Eksklusif pada 30 November 2017.


Filem Lakonan Zizan Razak


Zizan memulakan kerjaya filemnya menerusi filem Duhai Si Pari-Pari (2009) arahan Azmi Hatta lakonan Liyana Jasmay, yang mana beliau membuat penampilan khas.


Beliau juga mempunyai peranan sama dalam filem Lu Pikirlah Sendiri The Movie (2010). Zizan menjayakan peranan utama sebagai Atoi dalam filem aksi komedi adiwira Kapoww!! arahan Azizi ‘Chunk’ Adnan yang turut dibintangi oleh Lisa Surihani sebagai Siti Nurhasnita.


Zizan membintangi filem aksi komedi Polis EVO arahan Ghaz Abu Bakar dengan melakonkan watak sebagai Inspektor Sani, filem ini turut dibintangi oleh Shaheizy Sam dan Nora Danish.


Filem ini merupakan kejayaan komersial dan mendapat sambutan daripada penonton sekaligus meraih kutipan kasar RM 18 juta,[26] malah turut menjadi antara 10 carian terbanyak serta filem dengan carian terbanyak di Google Malaysia untuk bulan September 2015.


Beliau sekali lagi menjayakan peranan utamanya dalam filem Abang Long Fadil 2 yang ditayangkan pada 24 Ogos 2017.


Beliau mengakui kejayaan Abang Long Fadil 2 bukan hanya beliau seorang sahaja, tetapi semua wargakerja termasuk pengarahnya, Syafiq Yusof.


Zizan merupakan antara pelakon yang menjayakan filem animasi Wheely arahan Yusry Abdul Halim yang ditayangkan pada 16 Ogos 2018; Zizan menyumbangkan suaranya untuk watak Wheely.


Image result for zizan raja abang long fadil


Zizan dan Sam kembali menjayakan semula watak utama mereka dalam kesinambungan filem Polis Evo yang ditayangkan pada 22 November 2018, dan Abang Long Fadil 3 yang kini menjalani pos-produksi.


Zizan akan kembali beraksi dalam filem Bikers Kental 2, merupakan kesinambungan dari filem pada tahun 2013 dengan judul sama yang dijangka akan ditayangkan pada 14 Mac tahun ini.


 


Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih 
</div>
<script async src=
Norlida Ishak Shop