Expired : 18.06.18

Resepi Nak Buat Mee Sendiri, Tak Ada Mesin Pun Masih Boleh Buat

Teringat dulu masa raya, cadangnya nak buat mee untuk tetamu, tapi bila pergi pasaraya, tak ada pula mee, semua dah habis diborong oleh orang lain, jadi melepas dah nak masak mee untuk tetamu, terkilan jugaklah.


Bukan apa, kalau mee kuning ini, mudah sedikit, sebab dah tak payah susah-susah nak rendam macam bihun. Lagi pun ramai juga yang suka makan mee kuning, puas katanya.


Tengok-tengok ada ternampak orang buat mee kuning dekat page, Masak Apa Hari Ini, tak sangka boleh juga ya buat mee ni, buat sendiri je, tak ada dah lah nak risau habis mee dekat pasaraya, boleh buat sendiri.


Macam yang Pn Fahrini MarsyaLey buat ni, walaupun tak cukup barang macam mesin buat mee, pisau kan ada, kita boleh ‘improvise’ ikut apa yang ada, janji rupa dan bentuk ada, anak-anak pun lagi suka sebab air tangan ibunya sendiri.


Jom kita tengok sikit macam mana nak buatnya.


Resepi Homemade Mee Emergency 


Mee Emergency ni di buat kemarin, sebab nak makan sangat.. gara-gara tak ada mee langsung di rumah dan malas keluar pekan.. so tanya En Google la resipinya.. semua bahan ada kat dapur.. apalagi beraksi la.. walaupun benda penting tak ada. Mesin Buat Mee…


Jadi dapat idea dari langit.. canai doh pakai kayu pencanai, potong halus-halus pakai pisau, rebus dan tadaaa siap mee goreng cik kak..licin mee goreng tu..mee ala-ala kue teaw,, sedap pula, 1 family suka.. paling best buatan sendiri.. pewarna guna kunyit je…


Resepi & Langkah-langkah Nak Buat

Allhamdulillah… maaf baru sempat reply.. ini resipi yang saya dapat dari sumber google dan adunan ni boleh guna makan untuk hidangan 2-4 org..



  1. 250 gm TEPUNG GANDUM

  2. secubit GARAM

  3. 1 biji TELUR AYAM

  4. 50 ML AIR (tapi saya lebihkan sedikit sukatan supaya doh dapat di uli dengan baik… )

  5. 1 sudu teh SERBUK KUNYIT


Langkah-langkah





    • Gaul semua bahan, sampai jadi doh dan tak melekat di tangan

    • Potong doh jadi 4-5 bahagian

    • Canai satu-satu dan nipis

    • Potong guna pisau






Pastikan air rebusan mendidih baru masukkan mee ke dalam air. Rebus dalam jangka masa seminit dua, jangan terlalu lama, nanti mee jadi lembik. Angkat dan toskan cepat-cepat di bawah air paip sejuk, supaya memberhentikan mee dari masak telebih…




Buat la berulang-ulang sampai doh tadi habis. Sediakan bahan nak goreng mee tu, bawang, ayam, telur, sawi, dan apa-apa la yang cik,kak,puan nak…


Sedia untuk di hidangkan. Tq sahabat semua.. Alhamdulillah dapat share ilmu baru dapat kemarin…


Bagi yang ada mesin mee lagi senang… masuk je dalam mesin…memang cantik kejadiannya…saya tak ada mesinnya.. tu la cari idea ni..hehe… alhamdulillah menjadi…


The post Resepi Nak Buat Mee Sendiri, Tak Ada Mesin Pun Masih Boleh Buat appeared first on Petua Ibu.


Norlida Ishak Shop