Expired : 18.06.18

“Respek Pelakon Seluruh Dunia!,”- Mimi Lana Akui Tugas Anak Seni Memang Sukar


Pelakon tinggi lampai,Mimi Lana mengakui menggalas tugas sebagai anak seni bukanlah satu perkara yang mudah.


Baginya, setiap karakter yang dilakonkan setiap pelakon memainkan impak yang besar dalam sesebuah drama atau filem.


“After a month I took a break from acting and now I feeling alive again,” katanya.


Pada masa sama, bintang Cari Aku Di Syurga ini juga kagum dengan pelakon yang berterusan mengambil tawaran berlakon tanpa cuti.


“I salute to every actor and actress yang perform back to back without cuti . It’s not easy!!


“Betul lah apa orang cakap jadi pelakon ni they have to carry something invisible , kadang kadang diri sendiri pun tak mampu nak control benda tu.


“Kalau bawak 6-7 character in a year , macam mana nak cari jalan pulang tu.


“Tambah tambah yang jenis bagi 100 peratus dalam semua project .It sounds interesting but scary too!


“So much respect to every actor and actress all around the world,” tulis pemilik nama sebenar Mimi Rozaiana Zainal Abidin ini.




Terdahulu,pelakon drama Bukan Cinta Aku ini dihujani pelbagai persoalan netizen gara-gara fizikalnya yang dikatakan terlalu kurus.


Bagaimanapun, Mimi menjelaskan bahawa perubahan fizikalnya disebabkan untuk menjayakan watak yang akan datang.


Malah, pelakon tinggi lampai ini akui bahawa dia kehilangan sebanyak 6kg berat badan.








Foto:Instagram Mimi Lana


Norlida Ishak Shop